Seperti kita sedia maklum, kerajaan Indonesia sudah pun mengharamkan servis TikTok Shop secara rasmi di negara itu bermula hari semalam.

Memiliki jumlah pengguna bulanan aktif mencecah ratusan juta di negara itu ramai mengambil peluang untuk berniaga secara atas talian menerusi platform tersebut. Kini penjual terpaksa menerima kenyataan bahawa punca pendapatan mereka telah tertutup.

Baca Juga:

Sumber Gambar: TikTok @orinagista13
Sumber Gambar: TikTok @orinagista13

Tular sebuah video yang memaparkan detik-detik peniaga menangis sebelum penamatan operasi TikTok Shop di Indonesia melalui media sosial.

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok bernama @orinagista13, beliau telah menghimpunkan kompilasi reaksi sejumlah peniaga yang berniaga secara ‘live’ di akaun TikTok masing-masing.

@orinagista13

Terimakasih tiktok shop 😭😭🫶🏻 #tiktokshopditutup #tiktokshopeehaul #tiktokditutup #beritatiktokterbaru #tiktokshopdihapus #pyppp #tiktokditutup #beritatiktokviral

♬ suara asli – Nae✨ – Nae✨

Selain bersedih ekoran arahan tersebut, mereka juga sempat mengucapkan terima kasih kerana sudah menjadi pelanggan mereka sepanjang jualan dilakukan menerusi platform tersebut.

Tidak terkecuali ada juga beberapa peniaga yang menangis teresak-esak kerana sudah tidak dapat menjalankan perniagaan atas talian lagi.

Menjengah ke ruangan komen, ada yang bersetuju dengan tindakan memberhentikan operasi itu dan ada juga yang membantahnya.

“Bukan nak cakap apa, TikTok Shop terlalu buang harga sampai orang yang ada kedai melingkup, jangan cita pasal rezeki kalau harga tak ingat orang belakang,” ujar salah seorang netizen yang menjelaskan kesan TikTok Shop terhadap perniagaan fizikal.

“Meskipun ramai yang nangis, aku tak sedih dengan diorang. Malah bagus TikTok di tutup, meskipun barang dalam TikTok murah,” tulis seorang netizen lagi.

“Kesian tengok dia orang, moga terus murah rezeki mereka Aamiin,” ujar seorang netizen lain yang mendoakan peniaga-peniaga tersebut.

Dalam pada itu, ada juga pengguna tempatan yang meluahkan rasa bimbang jika perintah yang sama dikuatkuasakan di Malaysia. Hal ini kerana ramai orang yang memanfaatkan servis kedai atas talian itu untuk menjana pendapatan.