Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru sahaja memuat naik sebuah kenyaatan media di laman Twitter miliknya menyatakan pihaknya bakal menguatkuasakan peraturan baharu bagi larangan merokok kepada semua remaja di bawah usia 18 tahun.
Larangan merokok kepada remaja bawah 18 tahun akan diperluaskan kepada semua rokok elektronik termasuk vape.
“Peraturan baharu itu terkandung dalam akta baharu yang digubal KKM dan KPDNHEP yang kini sedang disemak Jabatan Peguam Negara” umum Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad berkenaan larangan terbaru ini.
Larangan merokok kepada remaja bawah 18 tahun akan diperluaskan kepada semua rokok elektronik termasuk vape.
Peraturan baharu itu terkandung dalam akta baharu yang digubal KKM dan KPDNHEP yg kini sedang disemak Jabatan Peguam Negara. – Men. Kesihatan, Datuk Seri @DrDzul
— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) October 14, 2019
Mana-mana pihak selain yang disebut itu yg didapati menjual sebarang persediaan yg mengandungi nikotin termasuk cecair rokok elektronik bernikotin adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak lebih RM3K atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.
— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) October 14, 2019
Mana-mana pihak selain disebut, jika didapati bersalah boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.
Sesiapa yg mengedar atau membekalkan sebarang persediaan yg mengandungi nikotin tanpa kelulusan boleh didenda tidak lebih RM25K atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya sekali.
Rokok elektronik atau vape tanpa cecair nikotin akan dikawal di bawah akta baharu.
— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) October 14, 2019
Difahamkan Vape dan Shisha juga turut termasuk dalam larangan merokok. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.
Vape Dan Shisha Bernikotin Termasuk Dalam Peraturan Larangan Merokok
Vape Dan Shisha Di Premis Makanan Tidak Termasuk Dalam Larangan Merokok KKM
Anda Tidak Lagi Boleh Vape Di Singapura Bermula Februari Ini