Seorang penoreh getah telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas dia pertuduhan rogol dan melakukan amang seksual ke atas anaknya sendiri yang berusia 14 tahun.
Suspek melakukan kedua dua dua kesalahan itu di sebuah rumah di Sungai Sam, Kuala Krai.
Pendakwaan ke atas suspek dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad dengan tertuduh tidak diwakili peguam.
Menurut laporan Buletin TV3, mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa merogol anak kandungnya berusia 14 tahun. Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan 10 sebatan maksimum, jika sabit kesalahan.
Seterusnya untuk pertuduhan kedua, suspek didakwa melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap anak kandungnya yang merupakan mangsa yang sama.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(C) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 akta yang sama.
Jika sabit kesalahan, suspek berdepan dengan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.
Penoreh getah berusia 44 tahun yang mempunyai 3 orang anak itu kemudian memohon untuk diikat jamin atas alasan bahawa dia melakukan perbuatan itu secara tidak sengaja.
Namun begitu pihak pendakwaan berharap mahkamah tidak memberikan sebarang jaminan kerana kes itu dianggap serius dan melibatkan anak sendiri sebagai mangsa.
Mahkamah setuju dengan cadangan pihak pendakwa raya dan menetapkan 28 Ogos sebagai tarikh baharu untuk sebutan semula kes itu.