Tidak semestinya kita akan bekerja dalam bidang pengajian kita. Mungkin, rezeki kita berada di tempat lain dan tidak semestinya bidang pengajian diambil dahulu sesuai dengan diri.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @sirladang yang merupakan pempengaruh dan pensyarah telah berkongsi sebuah video memaparkan dirinya memberikan kuliah kepada pelajarnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@sirladang

Saya tak suruh belajar full time. Saya suruh join short course hujung minggu. Dari cuti takde buat apa kat rumah. Banyak kursus untuk remaja even budak sekolah rendah pun datang belajar. Dari kecik diorang dah boleh develop minat. Kita boleh tau skill apa yang diorang nak. Aku post jugak video ni walaupun nanti akan ada yang kecam “ko single diam la…ko bukan ada anak”. Yelah! Ko je ada anak. Salam gaji 1500! #sirladang #kolejkomuniti #lecturerlife

♬ Instrument Sholawat Sedih – INDRAGE

Menerusi video itu, dia menasihati pelajarnya untuk memiliki ‘survival skill’ kerana kemahiran kendiri amatlah penting terutama sekali jika berdepan dengan situasi tidak terjangka.

Sebagai contoh, ketika pandemik ada yang diberhentikan kerja tapi kerana memiliki kemahiran kendiri, mereka mampu mencari rezeki lain.

Tambahnya, untuk pelajar juga boleh mencari duit poket dengan kemahiran yang mereka miliki seperti potong rambut, makeup dan sebagainya.

Malah, dia juga mengatakan bahawa boleh mengambil kursus pendek di Kolej Komuniti untuk belajar pelbagai skil dan bertepatan dengan minat.

Perkongsian video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat pensyarah terbabit dimana ilmu kemahiran itu juga penting.

Malah, ada juga netizen yang berkongsi bagaimana kemahiran kendiri mereka membantu mereka mencari duit poket ketika mereka melanjutkan pelajaran.

Bukan itu sahaja, segelintir netizen yang pernah mengikuti kursus pendek di Kolej Komuniti menggunakan ilmu yang diterima dengan mempraktikkan dalam hidup seperti memulakan perniagaan dan banyak lagi.

Jika anda berminat untuk mengikuti kursus pendek di Kolej Komuniti, anda boleh semak jadual kursus yang ditawarkan di sini dan juga boleh mendaftar kursus terbabit.