Ketika ini musim hujan dan pastinya dobi layan diri dipenuhi penggunanya untuk mengeringkan baju mereka terutama sekali mereka yang tidak memiliki mesin pengering di rumah.
Terbaharu, sebuah video yang menunjukkan seorang wanita melipat pakaian di hadapan mesin pengering (dryer) di sebuah kedai dobi layan diri telah dikongsikan di media sosial sehingga menjadi pendebatan ramai.
Baca Juga:
- Mudah Viral Di TikTok, Khairul Aming Kongsi Bagaimana ‘Kuasa FYP’ Bantu Ramai Peniaga
- Terkenal Dengan Hidangan Authentic Texas Style BBQ, Ini 5 Menu Yang Kami Cuba Di Meat Cartel
- Terbang 5,134KM Dari Jepun, Peminat Setia Terharu Akhirnya Dapat Tonton Mechamato Movie Di Pawagam
kenapa la akak lipat kat situ, kesian orang lain π₯²
π²πππ ππ π½οΈ : matserap1 pic.twitter.com/lyWOMp1R1g
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) December 27, 2022
Melihat video yang dikongsikan itu, wanita tersebut bersikap keras kepala walaupun telah ditegur pengguna lain untuk melipat baju di atas meja bukannya di hadapan mesin pengering terbabit kerana orang lain juga mahu menggunakan mesin itu.
Pemilik video mengatakan dia mempunyai pakaian yang banyak dan mahu menggunakan mesin tersebut tetapi permintaannya tidak dilayan wanita terbabit. Malah, wanita itu terus melipat pakaiannya dan masukkan ke dalam plastik hitam miliknya.
Susulan video yang tular itu, rata-rata netizen memberikan pendapat mereka dan mengatakan tidak wajar wanita itu bertindak ‘keras kepala’ seperi mesin pengering itu miliknya.
Selfish nyeeee manusia. Ishkk. Perangai buruk btol⦠https://t.co/onDYalaozS
— NiMZ (@soltero47552076) December 28, 2022
Bukan laundromat mmg ada meja ke utk kita guna nak lipat baju? I don't agree w her melipat baju kat situ, but I also don't agree w people maki2 her. Dia sorang, baju melambak. Tegur je la, yg pi record buat teruk dah kenapa? π Public space pun, tunggu je la sekejap. Mati ke? https://t.co/iHkqtyMuRq
— Alia Hisham (@FAliaHMS) December 28, 2022
on one hand im like "astaga sabar ja la bahhh, dia mau siap sdh pun, tggu lipat kain ja" while on the other hand im like "they do have a point? why not put all your clothes in the basket and then bring it to the table and fold it??" https://t.co/MKCLArzCTr
— Billy (@daddyd0m1234) December 27, 2022
ISTG PEOPLE LIKE THIS EXIST πππ a few weeks ago this gurl baru siap using the dryer and i wanna use it next (sbb the other dryer occupied) TAPI DIA LIPAT LAGI SATU2 BILA KASI KELUAR WHEN SHE CLEARLY SAW ME WAITING WITH MY WET LAUNDRYπππ sy mau jadi karen tapi + https://t.co/gd0SMNZtIr
— JΓ¦sh ε―δΈ (@jayshooky) December 27, 2022
Malah, ada juga netizen mengatakan seharusnya wanita itu peka bahawa bukan dia sahaja pelanggan di kedai dobi layan diri tersebut. Para netizen turut berasa marah kerana wanita itu tidak bertimbang rasa dengan pengguna lain.