Ketika ini musim hujan dan pastinya dobi layan diri dipenuhi penggunanya untuk mengeringkan baju mereka terutama sekali mereka yang tidak memiliki mesin pengering di rumah.

Terbaharu, sebuah video yang menunjukkan seorang wanita melipat pakaian di hadapan mesin pengering (dryer) di sebuah kedai dobi layan diri telah dikongsikan di media sosial sehingga menjadi pendebatan ramai.

Baca Juga:

Melihat video yang dikongsikan itu, wanita tersebut bersikap keras kepala walaupun telah ditegur pengguna lain untuk melipat baju di atas meja bukannya di hadapan mesin pengering terbabit kerana orang lain juga mahu menggunakan mesin itu.

Pemilik video mengatakan dia mempunyai pakaian yang banyak dan mahu menggunakan mesin tersebut tetapi permintaannya tidak dilayan wanita terbabit. Malah, wanita itu terus melipat pakaiannya dan masukkan ke dalam plastik hitam miliknya.

Susulan video yang tular itu, rata-rata netizen memberikan pendapat mereka dan mengatakan tidak wajar wanita itu bertindak ‘keras kepala’ seperi mesin pengering itu miliknya.

Malah, ada juga netizen mengatakan seharusnya wanita itu peka bahawa bukan dia sahaja pelanggan di kedai dobi layan diri tersebut. Para netizen turut berasa marah kerana wanita itu tidak bertimbang rasa dengan pengguna lain.