Seorang pengguna Threads yang juga merupakan penulis skrip berasal dari Indonesia memuat naik satu hantaran berhubung carta muzik Malaysia yang tidak cukup patriotik.

Menurut lelaki itu, carta muzik di Malaysia didapati majoriti lagunya hanya diungguli oleh artis antarabangsa.

Dia malah dengan nada sinis mengatakan pemuzik di Malaysia tidak yakin menghasilkan lagu yang boleh dinikmati warga tempatan.

“Malaysia masih bingung dengan lagunya sendiri. Mungkin para pemuzik di sana mengalami krisis percaya sendiri,” katanya.

Penulis Skrip Indonesia Bising Carta Lagu Malaysia 'Terlalu’ Global, Netizen Tempelak Miliki Ekonomi Baik Lebih Penting
Sumber Gambar: Threads

Di dalam gambar carta Spotify pada bulan lalu untuk Malaysia, pendengar tempatan dilihat menstrim lagu Korea di tangga pertama dan diikuti karya dari Indonesia untuk beberapa tangga lain.

Penulis Skrip Indonesia Bising Carta Lagu Malaysia 'Terlalu’ Global, Netizen Tempelak Miliki Ekonomi Baik Lebih Penting
Sumber Gambar: X

Lagu tempatan hanya berada di tangga enam sekaligus membuatkan lelaki itu berpendapat sebegitu.

Oleh disebabkan komen sinis itu, warga tempatan langsung menghujani ruangam hantaran itu dengan pelbagai reaksi.

“Saya lebih rela mengalami krisis dalam muzik daripada mempunyai kerajaan yang teruk.”

“ Kita ada benda yang lebih penting untuk dibuat. Sekarang saya faham kenapa negara kita berada di tahap yang berbeza berbanding negara awak.”

“ Hidup ini bukan hanya tentang hiburan. Kita ada benda lain untuk dibuat.”

“ Di Malaysia, orang dengar muzik cuma untuk hilangkan bosan. Tak lebih, tak kurang. Jadi, memang tak ada isu pun. Suka hati lah nak dengar apa pun, asalkan jangan susahkan orang lain,” demikian komen yang ditinggalkan oleh warga tempatan.

Sumber