Bermula tahun hadapan, kesemua bas persiaran dan bas ekspres diwajibkan untuk menggunakan tali pinggang keselamatan selain daripada diwajibkan untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV). Pengumuman tersebut telah dikeluarkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke baru-baru ini.

Umum mengetahui penggunaan tali pinggang di dalam bas bukanlah suatu hal yang aneh bahkan di luar negara, bas sekolah juga diwajibkan untuk mempunyai tali pinggang keselamatan untuk setiap penumpang.

schoolbus

Bukan itu sahaja, dalam usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan bas juga diwajibkan untuk memasang sistem sokongan keselamatan brek dan alat pengehad kelajuan. Setakat ini sebanyak 50 syor telah dikemukakan untuk menambah baik operasi bas di seluruh negara.

Sehingga ke hari ini sudah 54% iaitu 27 syor daripada keseluruhan telah dilaksanakan sepenuhnya manakala selebihnya akan dilaksanakan peringkat demi peringkat pada masa akan datang. Pemasangan CCTV dalam bas akan dikuatkuasakan sepenuhnya menjelang tahun 2020 nanti.