Baru-baru ini tular dua klip video menunjukkan seorang pemandu Proton Saga menumbuk seorang penunggang motosikal di persimpangan lampu isyarat.
Menerusi video yang dikongsikan pengguna X @nanmajoi8715, orang ramai cuba meleraikan pergaduhan tersebut. Bagaimanapun pemandu kereta terbabit enggan memperdulikan orang ramai yang berada di sekeliling.
Baca Juga:
- Dibelasah Penunggang Motosikal Tak Berbaju, Polis Cari Mangsa Kejadian Samseng Jalanan
- Hanya Sebab Berkawan Teman Wanita Orang, Pelajar Tingkatan 3 Dibelasah Beramai-Ramai
- Penyokong Bola Tuntut Keadilan Selepas Dakwa Kena Pukul Dengan Johor Military Force
Sapa² ada info pasal kes ni? 🤔 pic.twitter.com/PL1EFBMcI4
— nan manjoi8715 (@nanmanjoi8715) October 1, 2023
Lelaki bertopi biru berbadan ‘sado’ itu dirakam menumbuk mangsa beberapa kali dan menendang motosikal dipercayai milik mangsa sehingga jatuh ke atas jalan.
Tindakan gengsterisme di jalanan itu membuat warganet tidak berpuas hati dan mahu pemandu itu dikenakan tindakan yang setimpal.
Tlg la report and biar kena tangkap. Nk tgk dia merayu anak bini kena bagi makan. Tlg please
— Kojat (@AzaadMazlann) October 1, 2023
Kau dengan budak melayu rider macam ni body kecik berani ah kau nak tibai, patut hantar pergi ke bike week hari tu biar pergi berjump dengan geng MC’s tengok berani lagi ke tak. Entah dah terbaring kena rodok dengan botol beer.
— shazwankenobi (@ahmadoukenobi) October 1, 2023
Rider ni boleh saman driver ni kes touch body.
Buat report polis.
Benda boleh setel..
Silap aribulan driver kete masuk lokap.
Marah bertempat.
Sekarang zaman viral.
Sekejab je dpt kat PDRM tu nanti.— BudakKampung (@HusbandNakal) October 1, 2023
time pukoi org berasa panglima, dh nampak bideo dah viral mesti rasa menikus kan, setiap detik rasa seram sejuk je bila ter dengar bunyi keta stop depan rumah.. ingat ayat keramat ‘minta kurang hukuman saya ada anak kecil dan masih menanggung ibu yg sakit bla bla bla…’
— Laksamana Damburi🐎🍜🔫 (@kecaman) October 2, 2023
Netizen juga meminta orang ramai agar tidak menyelesaikan sebarang isu dengan sebarang kekasaran.
“Zaman viral sekarang ini sekejap sahaja polis dapat jumpa. Nanti menyesal tak berpanjangan,” – kata netizen.