Baru-baru ini tular dua klip video menunjukkan seorang pemandu Proton Saga menumbuk seorang penunggang motosikal di persimpangan lampu isyarat.

Menerusi video yang dikongsikan pengguna X @nanmajoi8715, orang ramai cuba meleraikan pergaduhan tersebut. Bagaimanapun pemandu kereta terbabit enggan memperdulikan orang ramai yang berada di sekeliling.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Lelaki bertopi biru berbadan ‘sado’ itu dirakam menumbuk mangsa beberapa kali dan menendang motosikal dipercayai milik mangsa sehingga jatuh ke atas jalan.

Tindakan gengsterisme di jalanan itu membuat warganet tidak berpuas hati dan mahu pemandu itu dikenakan tindakan yang setimpal.

Netizen juga meminta orang ramai agar tidak menyelesaikan sebarang isu dengan sebarang kekasaran.

“Zaman viral sekarang ini sekejap sahaja polis dapat jumpa. Nanti menyesal tak berpanjangan,” – kata netizen.