Tular satu klip video dashcam menunjukkan seorang penunggang motosikal dirakam bertindak agresif terhadap pengguna jalan raya lain.

Menerusi video pendek yang tular di media sosial, ketika kereta dashcam berada di lorong tengah, tiba-tiba datang motosikal memotong dari lorong kanan.

Kemudian penunggang motosikal tersebut duduk di hadapan kereta dan kelihatan dia mencapai beg mencari sesuatu.

Alangkah terkejut pemandu dan penumpang kereta berkenaan apabila penunggang motosikal tersebut menghayun, lalu melemparkan sebuah tukul.

Tindakan lelaki itu dipercayai mahu merosakkan kenderaan di belakangnya.

Perkongsian video dashcam itu mengundang tanda tanya warganet. Ada mendakwa mungkin kereta dashcam itu ada membuat ‘sesuatu’ sehingga mengundang kemarahan penunggang motosikal berkenaan.

Pada masa sama ada beranggapan ia mungkin satu taktik penipuan jalan raya untuk mengaut keuntungan daripada musibah orang lain.