Tindakan pemandu memotong secara melulu telah menyebabkan seorang penunggang motosikal maut.

Tular satu klip video rakaman dashcam insiden kemalangan didakwa berlaku di Jalan Parit Sulong – Muar, Johor.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi video pendek itu, sebuah kereta berwarna putih dipercayai model Toyota Vios memecut di lorong bertentangan untuk memotong barisan.

Bagaimanapun, selepas kereta itu memotong kenderaan yang merakam insiden terbabit, pemandu tidak terus masuk ke lorong sepatutnya lalu menyebabkan pertembungan berlaku dengan motosikal yang berada di hadapan.

Mangsa dirakam melambung setinggi tiang lampu lalu terjatuh ke dalam parit yang ada di bersebelahan.

Menurut info orang awam berada di tempat kejadian, mangsa sempat dikejarkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat. Bagaimanapun beliau tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia.

Video tersebut mengundang rasa amarah netizen kerana tindakan pemandu terbabit telah menyebabkan individu tidak bersalah meninggal dunia.

Netizen mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas atas kecuaian pemandu terbabit.