Pembaca berita Nightline TV3, Raymond Goh dilaporkan meninggal dunia sekitar pukul 10.40 pagi tadi.
Raymond Goh atau nama Islamnya, Muhammad Zaman Goh Abdullah menghembuskan nafas terakhir di sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya, Selangor.
Baca Juga:
- Dilabel Sebagai P.Ramlee Sabah, Fairuz Misran Dilaporkan Meninggal Dunia
- Ustaz Meninggal Dunia Semasa Sampaikan Kuliah Subuh
- Pelakon Dan Pengarah, ‘Mat London’ Dilaporkan Meninggal Dunia
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.
Penyampai berita Nightline, TV3, Raymond Goh @ Muhammad Zaman Goh meninggal dunia pagi tadi.
Al-Fatihah pic.twitter.com/19M9LyIzRV
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) September 12, 2023
Memetik laporan Awani sebentar tadi, Raymond bakal dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara dan solat jenazah diadakan di Masjid At-Taqwa selepas asar hari ini.
Untuk makluman, Raymond memulakn kerjaya sebagai penyampai berita di 7 O’clock News dan kemudian beralih kepada siaran Nightline di stesen televisyen berkenaan.
Allahyarham telah berkhidmat dalam dunia penyiaran lebih 30 tahun dan kini turut menjadi jurulatih untuk pengucapan. Takziah diucapkan kepada seluruh keluarga allayarham.