Sekiranya anda pernah menonton slot Mega Movie di TV3 suatu ketika dahulu, pastinya anda turut pernah melihat rancangan berita Nightline yang berlangsung setiap 12 tengah malam.

Terbaharu, dilaporkan pembaca berita yang popular pada ketika itu serta turut menjadi pembaca berita Nightline, Raymond Goh atau nama Mohd Zaman Goh dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas berdepan komplikasi jantung.

Baca Juga:

Berita ini dikongsikan oleh bekas penyampai berita TV3, Datuk Ras Adiba Radzi yang tampil berkongsi pengalaman bersama Goh dan memohon doa orang ramai buat sahabatnya.

“Saya adalah pembaca berita generasi pertama bersama Raymond Goh serta pembaca-pembaca lain. Apa yang boleh saya kongsikan, dunia penyampaian berita pada ketika itu sangat berbeza.

“Ketika ini, Raymond berada di ICU dan berjuang untuk hidupnya. Saya mohon doa daripada semua untuknya,” tulisnya.

Untuk pengetahuan, Goh berjaya berkhidmat di dalam dunia penyiaran sejak lebih 30 tahun lalu dan kini turut menjadi jurulatih untuk pengucapan. Beliau turut pernah tular sebelum ini kerana didakwa sering menjadi ‘pengacau’ penonton sewaktu menonton Mega Movie.

Sumber