Dalam memastikan sekuriti iOS kekal mampan, Apple telah memperkenalkan sebuah program khas yang membabitkan penyelidikan keselamatan untuk mencari kelemahan pada iPhone sejak tahun 2019 lagi.

Menerusi program khas Apple yang meminjamkan iPhone mereka kepada penyelidik keselamatan terpilih, mereka berjaya menemui sejumlah 130 kelemahan kritikal pada sistem operasi iOS.

Baca Juga:

Sumber Gambar: iFixit

Perkara ini dimaklumkan oleh Apple dalam laporan Peranti Penyelidikan Keselamatan iPhone (SRDP). Untuk makluman, Apple membekalkan iPhone khas tersebut kepada penyelidik untuk memburu pepijat dalam perisian.

Tampil sedikit berbeza pada iPhone yang diberi yang mana sistem sekuriti lebih longgar untuk membolehkan penyelidik membongkar kelemahan perisian iOS. Ini termasuklah boleh menjalankan sebarang perisian mengikut kehendak mereka.

Oleh itu, Apple hanya meminjamkan sejumlah iPhone mesra penggodam yang terhad pada setiap tahun dan hanya kepada penyelidik keselamatan dengan rekod prestasi mencari kelemahan perisian.

Hasil kerja penyelidik juga menyumbang kepada peningkatan keselamatan kernel XNU untuk iOS, bahagian teras sistem operasi yang sering disasarkan oleh penggodam untuk mendapatkan kawalan akar.

“Sejak kami melancarkan program ini pada tahun 2019, penyelidik SDRP telah menemui sebanyak 130 kelemahan kritikal keselematan dan pandangan mereka telah membantu kami melaksanakan mitigasi untuk melindungi platform kami,” kata Apple menerusi laman khas itu.

Bahkan, Apple menyatakan bahawa sejumlah 37 kelemahan telah ditemui dalam tempoh 6 bulan yang lalu. Menariknya, para penyelidik yang terlibat juga menerima saguhati bermula RM80,000 sehingga mencecah jutaan ringgit selepas lebih 100 laporan kelemahan pada iOS diterima oleh Apple.

Sumber