Media Croatia melaporkan penyerang berbisa dari Colombia, Jorge Obregon bakal berkelana ke Liga Malaysia buat kali pertama dengan nilai tebus kontrak sebanyak 500,000 euro (RM2.4 juta).

Meskipun nama pasukan dari Malaysia yang disertai pemain tersebut tidak didedahkan namun kelab kepada pemain itu, HNK Rijeka bakal mendapat pampasan kerana masih memiliki baki kontrak sehingga Jun 2025.

Baca Juga:

Bagaimanapun, kedatangan pemain tersebut dikatakan cukup kontroversi kerana berdepan masalah dalaman dengan kelabnya.

Bekas penyerang skuad Colombia bawah 20 tahun itu (B-20) dilaporkan telah digantung perlawanan kerana enggan turun berlatih.

“Obregon digantung perlawanan dengan Lokomotiv, dan seperti yang saya dimaklumkan, pemain Colombia itu marah dan enggan berlatih kerana memberi laluan untuk ke Malaysia.

“Kelab Malaysia tersebut telah memenuhi syarat dan menghantar tawaran yang lebih baik,” kata wartawan Croatia, Ivica Medo.

Berdasarkan rekod, Obergon telah menjaringkan 24 gol dalam saingan Liga Croatia sejak musim 2020. Sebelum menyertai Rijeka., beliau sebelum ini beraksi bersama NK Varaždin.