Penyerang Uruguay, Darwin Nunez bertumbuk dengan penyokong Colombia selepas pasukannya tewas dalam aksi separuh akhir Copa America 2024 awal pagi tadi.

Colombia menewaskan Uruguay dengan keputusan 1-0 menerusi jaringan tunggal Jefferson Lerma pada separuh masa pertama sekaligus bakal berdepan Argentina pada perlawanan akhir.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Baca Juga:

Selepas perlawanan tamat, ketika pemain Uruguay mahu menuju bilik persalinan, terjadi konflik antara pemain dan penyokong Colombia sehingga mencetus pergaduhan di tempat duduk penonton.

Darwin yang menjadi sasaran oleh penyokong pasukan lawan gagal untuk mengawal emosi dan kemudiannya beliau bertumbuk dengan sekumpulan penyokong Colombia.

Ketika insiden tersebut, salah seorang peminat sempat menumbuk kepala Darwin Nunez sebelum pemain Liverpool itu diiring keluar oleh pasukan keselamatan. Selain Darwin, pemain lain seperti Ronald Araujo turut terlibat dalam pergaduhan tersebut.

Menurut media Uruguay iaitu El Pais, anak-anak buah Marcelo Bielsa pergi ke keluarga dan rakan-rakan yang duduk di belakang bangku simpanan pasukan selepas perlawanan. Dengan majoriti besar peminat Colombia di dalam stadium, salah seorang ahli keluarga pemain telah diganggu.

Beberapa ahli keluarga pemain yang lain mengalami kecederaan ringan ekoran dipukul oleh penyokong Colombia ketika pergaduhan tersebut.

Ketua pasukan, Jose Maria Gimenez menyifatkan kejadian tersebut sebagai malapetaka kerana mereka terpaksa mempertahankan diri dari serangan.

“Ia adalah satu bencana. Tiada polis di kawasan kejadian dan kami terpaksa mempertahankan keluarga kami.

“Kejadian ini berlaku kerana ada peminat yang mabuk kerana minum minuman keras dan kemudiannya membuat kekecohan di kawasan keluarga kami duduk,” katanya.