Penyerang skuad kebangsaan Paraguay, Óscar Romero dilaporkan bakal menyertai juara bertahan Liga Super iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) dimana beliau mendapat tawaran yang cukup lumayan.
Menurut perkongsian wartawan Astro Arena iaitu Zulhelmi Zainal Azam, Romero ditawarkan kontrak bernilai RM11 Juta sekaligus bakal menjadikan beliau sebagai pemain termahal dalam saingan Liga Malaysia sekiranya menyertai JDT.
Baca Juga:
- ‘Ada Yang Tak Tahu Malaysia Dekat Mana’ – Tunku Mahkota Ismail
- ‘Kalau Nanti Dah Tak Diperlukan, JDT Sedia Terima’ – Tunku Mahkota Ismail
- Newin Chidchob: Buriram United Lebih Hebat Daripada JDT, Standard Liga Malaysia Tidak Setaraf Liga Thailand
🚨Dua pemain berprofil tinggi dikaitkan ke pasukan nombor 1 Malaysia dan Asia Tenggara, JDT iaitu bintang Paraguay, Oscar Romero yang dilapor ditawarkan kontrak bernilai RM11 juta dan bekas rakan sepasukan Jese Rodriguez iaitu Jonathan Viera. 🇵🇾🇪🇸⌛️@ASTROARENA pic.twitter.com/j4OGur6CEY
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) January 7, 2025
Selain Romero, skuad bimbingan Hector Bidoglio itu juga bakal membawa masuk seorang lagi pemain iaitu Jonathan Viera yang pernah beraksi bersama Jese Rodriguez di Sepanyol.
Romero merupakan penyerang berusia 32 tahun dimana beliau mempunyai pengalaman luas beraksi bersama kelab di Paraguay, Argentina, Brazil, China dan juga Eropah sebelum ini.
Antara kelab yang pernah diwakili oleh pemain ini ialah Cerro Porteno, Racing Club, Shanghai Shenhua, Alaves, San Lorenzo, Boca Juniors, Pendikspor dan kelab terakhirnya ialah Botafogo.
Bersama skuad kebangsaan Paraguay, Romero membuat 55 penampilan sejak 2013 dan menjaringkan 4 gol sepanjang tempoh itu.
Berbeza dengan Romero, Viera banyak beraksi di Sepanyol sejak bergelar pemain profesional pada 2008 dan hanya pernah beraksi di luar negara bersama tiga pasukan iaitu Standard Liege (Belgium), Beijing Guoan (China) dan Khor Fakkan (UAE).
Jonathan Viera dan Jese pernah menjadi rakan sepasukan ketika kedua-dua pemain ini beraksi bersama Las Palmas dalam saingan La Liga.