‘Penyewa keluarga dari neraka!’ Begitulah gambaran yang diberikan oleh netizen setelah melihat sebuah bil tertunggak yang mencecah sehingga RM21,894.03.

Menerusi perkongsian laman X/Twitter Malaysia Most Viral, sebuah tangkap layar telah dimuat naik menunjukkan sebuah bil TNB tertunggak yang berjumlah puluhan ribu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“PENYEWA KELUARGA DARI NERAKA tinggalkan tunggakan bil elektrik RM 21,894.03,” katanya.

Perkongsian tersebut hadir tanpa apa-apa maklumat terperinci, tetapi melalui bil tersebut kelihatan alamat premis adalah terletak di Taiping, perak.

Hantaran terbabit berjaya menarik perhatian netizen yang turut berkongsi pandangan mereka mengenai kejadian tersebut.

Dalam masa yang sama, sebahagian netizen pula menyalahkan TNB kerana tidak memotong bekalan elektrik penyewa sehingga akhirnya menjadi beban pemilik.

Bagaimanapun, TNB dalam hantarannya menjawab bahawa pemotongan hanya akan dilakukan oleh pihak Kedai Tenaga dan TNB tidak dibenarkan menceroboh premis tanpa kebenaran pemilik akaun.

“Arahan pemotongan adalah bergantung kepada pihak Kedai Tenaga. Pihak TNB tidak akan melakukan pemotongan walaupun mempunyai tunggakan tinggi sekiranya premis berkunci kerana pihak TNB tidak boleh menceroboh premis tanpa kebenaran daripada pemilik akaun,”