Penyokong Celtic sekali lagi menyatakan solidariti kepada Palestin dengan mengibarkan bendera Palestin ketika aksi menentang Hibernian.
Tindakan The Green Brigades bukanlah perkara baharu bagi peminat bola sepak. Cuma kali ini bezanya, kelab Celtic sendiri sudah mengeluarkan larangan kepada peminat Celtic untuk mengibarkan bendera Palestin yang dianggap sebagai tindakan berbaur politik.
Tahun lalu, UEFA memberikan amaran kepada Celtic berikutan penyokong mereka mengibarkan bendera Palestin dalam aksi UCL menentang Atletico Madrid. Tindakan itu dianggap kontroversi namun bukan mengejutkan daripada Green Brigade.
Ultras yang digelar Green Brigade itu telah melanggar arahan kelab untuk tidak mengibarkan bendera Palestin dalam aksi UCL tersebut. Mereka menegaskan bahawa mereka sentiasa menyokong rakyat yang teraniaya kerana konflik.
🇮🇪🇵🇸 After Celtic FC told fans not to bring out any flags, they brought out Palestine flags anyway.
Free Palestine! #FreePalenstine pic.twitter.com/UxkktxTIPb
— Jd (@jdk51335) October 25, 2023
Green Brigade sebelum ini sudah menegaskan bahawa mereka akan mengibarkan bendera Palestin.
Sebagai solidariti berterusan kepada rakyat di Gaza. Dalam perlawanan menentang Atletico penyokong Celtic turut menyanyikan lagu You’ll Never Walk Alone dengan kibaran bendera Palestin.
Celtic terus meminta Green Brigade agar tidak meneruskan niat mereka. Malangnya Green Brigade tidak mengendahkan larangan kelab itu.
Arahan itu dikeluarkan oleh kelab pada musim lalu, kerana ketika itu dalam skuad Celtic tiada pemain Palestin dalam kelab itu tetapi ada pemain Israel. Dan ia dikhuatiri akan menyinggung perasaan pemain tersebut.
Namun peminat Celtic jelas tak peduli dengan arahan sebegitu, malah melakukannya pada aksi malam UCL yang menjadi perhatian dunia.
Ternyata tindakan ini tidak menggembirakan UEFA yang mengancam akan mengambil tindakan sekali lagi ke atas Green Brigade.
Ini bukan pertama kali mereka dihukum UEFA kerana solidariti untuk Palestin. Misalnya pada 2016 kelab didenda £9,000 kerana solidariti yang sama oleh penyokong mereka buat ketika aksi menentang Hapoel Beer Shava.
Sebelum ini beberapa minggu sebelum aksi menentang Atletico itu, Green Brigade mengibarkan bendera Palestin dalam aksi menentang Kilmarnock dalam aksi domestik.
Celtic fans showing their support for the people of Palestine 🇵🇸 pic.twitter.com/zFfDfKzTCq
— Total Football (@TotalFootbol) October 7, 2023
Namun larangan itu mendapat reaksi yang panas daripada peminat Celtic yang sentiasa konsisten menyokong Palestin. Mereka malah pernah beberapa kali membuatkan kelab mereka dikenakan tindakan oleh UEFA kerana mengibarkan bendera Palestin.
Dan pada kali ini, semalam penyokong Celtic sekali lagi mengibarkan bendera Palestin.
Selain daripada bendera Palestin, penyokong Celtic juga menaikkan kibaran sepanduk ‘Pelarian Dialu Alukan’ ketika aksi tersebut.
🇮🇪🇵🇸 The Celtic fans, Ireland stands with Palestine!
— Aditya Juans Mandagie (@AdityaMandagie) August 11, 2024