Pertembungan seteru ketat Liga Perdana Scotland (SPL), Celtic dan Rangers sentiasa menjanjikan aksi menarik setiap kali dua kelab tersebut bertemu.

Saingan musim ini lebih menjanjikan debaran berikutan hanya jurang satu mata dimiliki Celtic ke atas lawan tersebut dimana Rangers pula masih kekurangan satu perlawanan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Perlawanan yang diadakan di Ibrox Stadium malam tadi menyaksikan pemain kelahiran Jepun, Daizen Maeda mencuri tumpuan dengan jaringan pantas dihasilkannya.

Maeda yang menyarung jersi Celtic meluru pantas mengejar hantaran jauh dilakukan penjaga gol, Joe Hart dan cubaannya menghalang sepakan James Tavernier untuk mengeluarkan bola dari kawasan bahaya nyata membuahkan hasil.

Sepakan Tavernier membias terkena kaki Maeda lalu bola pantas menuju ke arah pintu gol tuan rumah yang gagal diselamatkan Jack Butland bagi meletakkan Celtic dihadapan ketika aksi hanya berlangsung 21 saat.

Celtic yang dibimbing Brendan Rodgers menggandakan kedudukan pada minit ke-34 menerusi sepakan penalti disempurnakan oleh Matt O’Riley.

Tersentak dengan dua gol tersebut, Rangers bangkit pada separuh masa kedua hasil jaringan sepakan penalti Tavernier dan Abdallah Sima menyamakan kedudukan pada minit ke-86.

Kegembiraan itu hanya bertahan seminit apabila Adam Idah kembali meletakkan Celtic dihadapan. Namun, Rabbi Matondo menghalang impian skuad The Bhoys untuk menjarakkan jurang mata berikutan jaringan diciptanya pada minit ke-93.

Fasa pertama saingan Liga Perdana Scotland 2023/24 sudah menghampiri penghujung apabila hanya berbaki satu perlawanan sahaja lagi.

Enam pasukan tangga teratas akan bermain di pusingan ‘split’ dimana terdapat tambahan liga perlawanan lagi untuk melengkapkan 38 aksi keseluruhan saingan liga.

Enam pasukan terbawah turut akan bertemu sesama sendiri bagi baki lima perlawanan tersebut.