Semakin ramai pemain yang dilaporkan memiliki kaitan dengan negara kita dimana baru-baru ini seorang pemain kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), AFC Bournemouth dikhabarkan memiliki pertalian dengan Malaysia.

Perkara ini dikongsikan oleh Future Talent di laman media sosial Instagram dimana pemain yang dimaksudkan ialah Marcus Tavernier yang mana beliau dilaporkan memiliki pertalian darah bersama Malaysia melalui datuk sebelah ibunya yang dikatakan berasal dari Melaka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Pemain berusia 24 tahun itu merupakan salah seorang pemain yang sentiasa tampil dalam kesebelasan utama Bournemouth dan turut memiliki kerakyatan England.

Tavernier memulakan karier dalam kancah profesional bersama Newcastle United serta Middlesbrough dan kini beliau menjadi antara pilihan utama buat Bournemouth di posisi serangan pasukan.

Pemain sayap ini pernah beraksi bersama skuad kebangsaan England B-20 Tahun dan masih belum beraksi untuk skuad senior negara tersebut walaupun sudah menginjak usia 24 tahun.

Pada masa yang sama, Future Talents turut melaporkan Tavernier memiliki seorang abang yang juga kini aktif bersama Rangers di saingan Liga Scotland iaitu James Henry Tavernier.

Sekiranya benar pemain yang beraksi di EPL ini mempunyai pertalian dengan Malaysia, maka Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu segera mencorak langkah bagi memastikan beliau boleh beraksi bersama skuad kebangsaan.

Pasukan negara baru sahaja menamatkan kempen dalam temasya Piala Asia 2023 di Qatar dimana skuad bimbingan Kim Pan-gon berjaya mengutip satu mata dalam saingan kumpulan E.

Satu mata tersebut hadir pada aksi terakhir peringkat kumpulan dimana Malaysia berjaya mencatat keputusan seri 3-3 ketika turun menentang Korea Selatan.

Korea pula terkandas di peringkat separuh akhir dimana mereka tewas kepada Jordan yang turut berada dalam kumpulan E dimana skuad kendalian Jurgen Klinsmann itu tewas dengan keputusan 2-0.