Baru-baru ini tular video yang memaparkan perbualan antara tonggak Harimau Malaya, Faisal Halim bersama bintang Korea Selatan, Son Heung-Min ketika aksi terakhir peringkat kumpulan saingan Piala Asia 2023.

Ianya menimbulkan banyak persoalan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan mengenai apakah butiran yang disembangkan antara kedua-dua pemain itu.

Baca Juga:

Rakaman video itu didedahkan menerusi akaun tiktok milik penyokong Korea Selatan, @woo_5959 yang turut berada di stadium ketika hari perlawanan.

@woo_5959

카리스마 장난 없는 우리 캡틴… 경기 끝나고는 엄청 다정한 얼굴로 저 7번 선수 머리 쓰다듬어준 것까지 정말 완벽한 선수 #손흥민

♬ 오리지널 사운드 – 매력덩어리 참우정 – 매력덩어리 참우정

Situasi itu berlaku selepas Arif Aiman Hanapi dijatuhkan dalam kawasan kotak penalti Korea Selatan.

Namun, Faisal akhirnya mendedahkan butiran perbualan terbabit ketika ditanya oleh peminat dalam akaun instagram blast.active.

“Sebenarnya tak ada apa yang serius pun. Dia tengah bincang dengan pengadil, saya cakap ia adalah penalti.

“Kemudian, dia kata macam mana pula boleh penalti? Lepas tu saya tunjuk (gerakan kaki) kata sepak belakang. Dia jawab tidak, kata dia sepak bola,” jelas Faisal Halim.

Ketika perbualan tersebut, pengadil tengah memeriksa rakaman video (VAR) dan memutuskan untuk memberi sepakan penalti kepada pasukan Malaysia.

Sepakan penalti tersebut disempurnakan oleh Arif Aiman sekaligus menyaksikan Harimau Malaya mendahului 2-1 pada minit ke 62. Sebelum itu, Faisal Halim mengejutkan penyokong negara dengan jaringan penyamaan pada minit ke 51

Bagaimanapun, Faisal Halim tetap menghormati Son Heung-Min dan menyifatkan pemain Tottenham Hotspurs itu adalah seorang pemain yang profesional.

“Saya respek dia. Dia profesional, tak sombong, tak berlagak. Kita kat Malaysia pun kena ambil contoh macam tu. Layan semua orang dengan baik,” tambah Faisal Halim.

Harimau Malaya membawa pulang 1 mata selepas mengikat gergasi Asia, Korea Selatan 3-3 pada aksi terakhir kumpulan E di Stadium Al Janoub, Qatar.