Penyokong Indonesia menggesa FIFA agar menyiasat Malaysia ekoran status pemain warisan yang menurut mereka tidak jelas.
Skuad Harimau Malaya baru-baru ini menerima kehadiran beberapa pemain seperti Jon Irazabal, Joao Figueiredo, Imanol Machuca, Rodrigo Holgado.
Baca Juga:
- Rodrigo Holgado ‘Sound’ Media Colombia Perlekeh Malaysia
- Media Indonesia ‘Claim’ Malaysia Tiru Mereka Dengan Ambil Pemain Warisan
- Ini Peringatan Patrick Kluivert Buat Pemain Warisan Indonesia
Penyokong Indonesia Merasa Sangsi
Menurut laporan media negara jiran, rata-rata penyokong Indonesia berasa yakin pemain warisan baharu ini tiada kaitan dengan Malaysia.

“Saya yakin 100% tiada pemain Argentina yang mempunyai datuk nenek Malaysia, atau mempunyai darah Malaysia langsung. Mereka membeli pemain.
“FIFA pasti akan mengenakan sekatan jika mana-mana negara ASEAN secara rasmi memfailkan bantahan,” kata seorang penyokong di laman X.

Dalam masa yang sama, penyokong negara jiran turut mengingatkan Malaysia agar tidak mengikut jejak langkah Timor Leste.
Timor Leste pernah digantung selepas membawa masuk lambakan pemain dari Brazil untuk beraksi bersama pasukan itu.