Penyokong kelab Liga Iran, Persepolis membanjiri laman media sosial pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) dan skuad kebangsaan iaitu Arif Aiman.
Ini selepas timbul khabar angin di laman media sosial yang mengatakan pemain berusia 22 Tahun itu bakal menyertai Persepolis sekaligus mendapat sambutan hangat dari penyokong kelab itu.
Baca Juga:
- Picit Alat Sulit Arif Aiman, Theerathon Mohon Maaf
- Louis van Gaal Bakal Ganti Shin Tae-yong
- RASMI: Shin Tae-Yong Dipecat
Sehingga artikel ini ditulis, masih belum ada sebarang pengesahan baik dari Persepolis dan juga JDT mengenai status perpindahan yang menjadi perbincangan dan Arif ketika ini kekal beraksi bersama skuad Harimau Selatan.
Prestasi cemerlang dalam saingan AFC Champions League (ACL) Elite berjaya menarik perhatian penyokong kelab Liga Premier Scotland iaitu Rangers dimana mereka mahu melihat pemain itu untuk beraksi di Scotland.
“Arif pemain yang konsisten bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat kelab elit asia dengan 4 gol serta 1 bantuan jaringan dalam empat perlawanan.
Arif Aiman Hanapi
22
Malaysian InternationalConsistent performer not only in Malaysia but also the AFC (Asian) Champions League Elite with 4 goals and 1 assist in 4 games
Massive threat in the final 3rd with either scoring or creating for others
A pacy, direct, technical… pic.twitter.com/4IHGtm45Om
— The Rangers Journal (@RangersJournal) November 8, 2024
“Cukup berbahaya di depan gawang sama ada menjaringkan gol atau mencipta peluang.
“Pemain sayap ini cukup lincah dan kerap berdepan pemain pertahanan dengan kadar kejayaan menggelecek 74 peratus yang tinggi musim ini.
“Bersedia untuk cabaran seterusnya dalam kariernya dan boleh menawarkan kontrak pada Januari nanti,” kata The Rangers Journal menerusi laman X sambil memetik nama Nils Koppen, Ahli Lembaga Pengarah Rangers FC.
Hantaran The Rangers Journal turut menarik perhatian seorang lagi penyokong Rangers yang menyifatkan Arif Aiman pilihan pemain berkualiti dengan harga lebih murah berbanding pemain eropah.
“Ini adalah liga untuk dilihat. Mungkin Liga Malaysia tidak sehebat Liga Scotland (saya tidak pernah menonton Liga Malaysia), tetapi pemain yang bermain di peringkat tertinggi di sana, akan lebih murah berbanding dengan pemain dari liga Eropah,” tulis KyleRC.
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon dalam satu sidang media baru-baru ini turut meramalkan Arif Aiman bakal jadi antara pemain terbaik Asia satu hari nanti.