Pengurus Manchester City, Pep Guardiola jelas pasrah dengan musim buruk dihadapinya yang menyaksikan peluang untuk sekali lagi muncul juara English Premier League (EPL) sudah terkubur.

Menjuarai EPL empat musim berturut-turut, Manchester City gagal meneruskan kecemerlangan itu apabila mengalami penurunan prestasi sebaik sahaja kehilangan khidmat Rodri yang mengalami kecederaan.

Baca Juga:

Ia disulitkan lagi dengan sembilan kekalahan yang dialami untuk sekadar menduduki tangga kelima selepas berakhirnya 29 perlawanan dengan mengumpul 48 mata.

The Cityzens ketinggalan 22 mata dibelakang Liverpool yang kian selesa menduduki tangga teratas EPL 2024/25.

Selepas kehilangan peluang untuk muncul juara liga, City turut kecewa dalam Piala Carabao selepas tersingkir di pusingan keempat kepada Tottenham Hotspur.

Kemudiannya mereka dikecewakan pula dalam kancal UEFA Champions League setelah tewas ditangan Real Madrid pada pusingan play off untuk ke pusingan 16.

Pep Guardiola
Soccer Football – Premier League – Manchester City v Brighton & Hove Albion – Etihad Stadium, Manchester, Britain – March 15, 2025 Manchester City manager Pep Guardiola reacts Action Images via Reuters/Lee Smith

Piala FA Pengubat Duka Pep Guardiola

Kini, peluang terakhir Manchester City untuk mengubati kekecewaan musim ini adalah dengan menjuarai Piala FA.

Skuad kendalian pengendali dari Sepanyol itu akan berhadapan dengan Bournemouth di gelanggang lawan pada malam ini.

Mengulas mengenai perjuangan dalam Piala FA, Guardiola jelas masih tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya terhadap apa yang dihadapi Manchester City pada musim ini.

“Sudah tentu, adalah bagus untuk sampai ke final Piala FA dan memenanginya, serta layak ke Liga Juara-Juara.”

“Saya yakin bahawa pada masa ini, ia akan dilihat sebagai kejayaan besar – tetapi musim ini amat buruk dan itu tidak akan berubah. Standard kami dan banyak perkara tidak baik dan itu adalah kenyataan.”

“Sudah tentu, kami mahu melakukannya supaya kami mempunyai satu lagi (piala). Tetapi bagaimana kami berkelakuan musim ini tidak akan berubah, walaupun jika kami layak ke Liga Juara-Juara dan memenangi Piala FA,” ujar Pep Guardiola menurut sumber laporan Goal.

Sumber