Legenda Jerman, Phillip Lahm beranggapan bahawa Perancis merupakan pasukan pilihannya untuk menjuarai saingan UEFA Euro 2024 yang bakal bermula 15 Jun nanti.

Lahm berpendapat sedemikian kerana melihatkan kepada skuad dimiliki Didier Deschamps mampu untuk menjelmakan sesuatu pada kejohanan di Jerman itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Perancis sudah pasti bakal meletakkan harapan di bahu Kylian Mbappe untuk merobek gawang lawan sambil dibantu pengalaman luas dimiliki Olivier Giroud, Ousmane  Dembele serta bantuan duo pemain tengah Real Madrid, Aurelien Tchouameni dan Eduardo Camavinga.

Sementara itu di jentera pertahanan pula ada pemain-pemain seperti Benjamin Pavard, Dayot Upamecano, Lucas Hernandez, Theo Hernandez, Ibrahima Konate, William Saliba dan Jules Kounde.

“Perancis adalah pasukan pilihan (menjuarai Euro 2024). Cukup mudah kerana saya katakan mereka mempunyai 40 orang pemain yang sangat berbakat,” ujar Lahm menurut sumber laporan Goal.

“Mereka mempunyai kumpulan yang sangat seimbang dan boleh membuat perubahan dengan mudah, membawa pemain keluar daripada bangku simpanan yang boleh bermain dengan baik tetapi apa yang penting ialah menjadi satu pasukan di atas padang.”

Kali terakhir menjuarai saingan pada 2000 selepas menundukkan Itali di perlawanan akhir, Perancis dikecewakan oleh Portugal berselang 16 tahun kemudiannya di pentas yang sama.

Edisi 2020 menyaksikan mereka dikejutkan Switzerland di pusingan 16 menerusi penentuan sepakan penalti dimana Mbappe gagal menyempurnakan sepakan terakhir.

Di Jerman nanti, Perancis telah diundi dalam kumpulan D untuk bersama-sama Poland, Belanda dan Austria. Satu keadaan yang boleh dianggap agak sukar juga buat juara dua kali itu.

Sumber