Beberapa bulan terakhir ini telah menyaksikan Google dan Samsung masing-masing telah memperkenalkan fungsi generatif AI pada peranti terbaru mereka iaitu Google Pixel 8 dan juga siri Samsung S24.

Penawaran fungsi generatif AI ini membantu pengguna dalam memudahkan urusan harian melibatkan penghasilkan teks, suntingan gambar dan pelbagai lagi.

CEO Apple, Tim Cook. Sumber: Crypto Slate

Terbaharu, Apple nampaknya bakal mengikut jejak langkah yang sama. Hal ini turut disahkan oleh CEO Apple, Tim Cook yang mengesahkan fungsi generatif AI ini bakal ditawarkan buat Apple menjelang akhir 2024 ini.

Penawaran fungsi generatif AI pada Apple ini sekaligus telah memberi bayangan kepada pengguna perkara terbaru yang bakal tersedia bagi Apple iOS 18.

Melihatkan kepada para pesaing yang sudah mengorak langkah dalam bidang AI, mungkin sudah tiba masanya Apple mengikut jejak langkah yang sama bagi kekal kompetitif dalam pasaran telefon pintar.