Upacara pembukaan gilang-gemilang Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 telah memukau lebih 40,000 penonton di Stadium Sarawak malam tadi.
Pertunjukan dron bercahaya dan pancaran laser pelbagai warna turut mewarnai pembuka tirai temasya itu selain persembahan tarian daripada pelbagai etnik yang menjadi antara elemen kejutan buat pengunjung.
Baca Juga:
Malah, kebanyakan warga maya (netizen) turut berpendapat pembukaan SUKMA di Sarawak jauh lebih hebat daripada pembuka tirai Sukan Olimpik Paris 2024 yang berlangsung pada bulan lalu.
“Pembukaan SUKMA dekat Sarawak berkali ganda lagi best berbanding Olimpik Paris yang mengarut hari itu,” kata seorang pengguna X.
Pendapat beliau turut dipersetujui oleh pengguna media sosial yang lain.
I may be biased, but this one is much better than Paris opening ceremony. Not the same level as Beijing 2008 in my opinion, but better than this year's Olympics.#sukmasarawak2024 https://t.co/zWQ9l38YVz
— Miss_T 🍉 (@mys_thee) August 17, 2024
Hai #Paris2024, kalau tak tahu nak buat acara pembukaan sukan, boleh ikut contoh acara pembukaan sukan #sukmasarawak2024 dari kami! #SUKMA2024! https://t.co/5lolFObL8S
— Bianglala (@ITS_BeanThrough) August 17, 2024
this sukma opening ceremony are MUCHHH MUCH BETTER than olympic https://t.co/4JyAbFquFt
— ☆ 🇵🇸 (@luvfshy) August 17, 2024
roof lighting: on point
floor mapping: needs a bit refinement
camera work: kalau RTM yg in charge, memang tak dapek nak nolong 😅TBH was expecting more, performance-wise (tak tahu la kalau hujung2 nanti ada cultural elements) https://t.co/uV8uRhwTy9
— 🇲🇾 #CeasefireNow 🇲🇾 (@syfq_syrf) August 17, 2024
Selain itu, ada juga yang berpendapat Sarawak mampu menganjurkan kejohanan sukan bertaraf antarabangsa jika diberi peluang sebagai tuan rumah Sukan SEA.
It shows that Sarawak have the ability to host international sport games in the future https://t.co/EdVhzkoDmo
— 熊爷 🐻 Bearman 🇲🇾 (@Bearman168) August 17, 2024
SUKMA Sarawak dianjurkan di sembilan bahagian di Sarawak hingga 24 Ogos membabitkan 488 acara dalam 37 jenis sukan terdiri daripada 236 acara lelaki, 217 wanita dan 35 acara campuran.
Walaupun acara perasmian membuka tirainya jam 7 petang namun orang ramai sudah mula membanjiri pekarangan Stadium Sarawak sejak jam 3 petang.
Penonton turut dihiburkan dengan persembahan daripada barisan artis terkenal tanah air antaranya Jaclyn Victor, Faizal Tahir, Marsha Milan dan Bob Yusof.
Kelainan yang ditampilkan pada kali ini adalah penganjur menghimpunkan atlet terkemuka dari Bumi Kenyalang membabitkan legenda pecut Watson Nyambek, bekas perenang negara Daniel Bego dan juga barisan penerjun seperti Bryan Nickson Lomas, Traisy Vivien Tukiet, Datuk Pandelela Rinong dan Bertrand Rhodict Lises yang baru pulang dari Sukan Olimpik Paris 2024.
Pandelela dan peninju sensasi Sarawak Daeloniel McDelon Bong atau lebih dikenali sebagai ‘Kilat Boy’ diberikan penghormatan untuk membawa obor temasya dwitahunan itu.
Mengikut rekod, kali pertama Sarawak menganjurkan SUKMA adalah pada 1990 manakala penganjuran terakhir lapan tahun lalu.