Seorang pemilik Proton X50 berdepan dengan kesulitan yang tidak disangka sangka ketika dia memutuskan untuk membawa kereta itu bercuti di Thailand.
Di mana kunci kawalan jauh Proton X50 miliknya dilaporkan tidak berfungsi secara tiba tiba. Dan dia tidak dapat menghidupkan enjin kereta tersebut seperti biasa. Terpaksa menggunakan aplikasi khas.
Tetapi ketika mahu membuka pintu, enjin tersebut akan terhenti secara automatik.
Pemilik tersebut menyatakan bahawa keretanya tidak terlibat dalam kemalangan atau masalah lain ketika tiba di hotel. Namun tiba tiba mereka tidak ada akses ke dalam kereta itu walaupun pada aplikasi menyatakan kereta sudah dibuka pintu.
Pemilik tersebut berkongsi perkara itu di kumpulan Facebook, X50 Owners Club Malaysia
Beliau menulis: “Punca kekalutan percutian di Thailand. Buat sahabat komuniti. Jangan berani-berani bawa kereta ni pergi luar Malaysia.
“Saya ke Phuket. Di sana kereta tiba-tiba key remote tak berfungsi dan tak detect untuk start enjin. Kereta tak boleh start enjin melainkan guna aplikasi Atlas.
“Tapi apabila unlock pintu, enjin automatik terhenti. Dapat bantuan daripada Proton Service Technician untuk bagi solusi tetapi mereka pun buntu tak tau apa masalah sistem mereka.
“Bateri remote dah tukar. semua kaedah dah cuba.Tapi masih juga tak berjaya untuk hidupkan enjin.
“Proton We Care suruh towing sampai masuk Malaysia. Mereka hanya cover dalam negara. Kos nk keluar semua kita kena tanggung sedangkan kereta problem sebab produk mereka.
“Kereta baru pakai 6 bulan. Bahagian paling bodoh sekali ialah sistem ACC yang menyebabkan keempat empat tayar terkunci. Tak boleh dengan semudah itu pakai towing biasa. Jadi kena duduk dalam kereta atas towing, tapi tak boleh buka tingkap.
“7 jam atas kereta tak buka tingkap. Request untuk towing service di bawah Proton tunggu di zon bebas cukai Bukit Kayu hitam. Mereka tak nak, sebab katanya tak cover.
“Jadi sekarang kami nak kena fikir macamana nak tow kereta ni ke sempadan Malaysia sebab towing Thailand hanya cover setakat imigresen Thailand sahaja.”
Salah seorang ahli kumpulan Facebook tersebut berkongsi nasihat: “Syarat masuk ke Thailand selain beli full premium coverage kene buat tambahan insurance ext 101 untuk masuk ke bumi Siam.
“Insurance ext 101 ni membolehkan kenderaan kita diinsurance di bumi Thailand di-towing sehingga sempadan Malaysia-Thailand sebelum disambut towing dari Malaysia untuk dibawa ke SC yang kita kehendaki.
“Pengajaran untuk kita semua. Jangan ambil mudah insurance masuk ke Thailand especially bawak kenderaan sendiri.”