Sejak mula diumumkan pada awal tahun lalu, orang ramai nampaknya seakan tidak senang duduk dengan kehadiran model kereta daripada segmen compact SUV yang sedang hot ketika ini.
Sementara menantikan model ini yang dikhabarkan bakal dilancarkan pada tahun hadapan, pasukan Pandu Laju baru-baru ini telah ke Shanghai, China untuk melihat dengan lebih dekat model Geely Binyue yang bakal dijenamakan sebagai Proton X50.
Berdasarkan kualiti luaran, dalaman serta teknologi yang ditampilkan memang jelas berbaloi untuk orang ramai menantikan model ini hadir untuk pasaran Malaysia. Apatah lagi, model ini dikhabarkan bakal ditawarkan dengan harga dibawah RM100,000 yang sekaligus bakal memberi saingan kepada Mazda CX-3, Honda HR-V dan Toyota C-HR. Tonton video ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa yang menarik dengan idaman ramai ini.
Kami kongsikan kepada anda beberapa lagi info mengenai Proton X50. Klik pautan dibawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Proton X50 Dengan Pemanduan Sebelah Kanan Sudah Mula Diuji Atas Jalan Raya
Tonton Lelaki Ini ‘Lenjan’ Proton Saga 2019 Naik Genting Highlands