Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong dipuji kerana sangat fasih berbahasa Melayu dalam ucapannya.
Lawrence Wong yang berbangsa Cina tidak kekok langsung berucap dalam Bahasa Melayu ketika mengumumkan bahawa kerajaan pimpinannya mahu menubuhkan Kolej Pengajian Islam Singapura atau SCIS.
Penubuhan SCIS itu dirancang rapi termasuk bekerjasama dengan pakar tempatan dan luar negara untuk membangunkan kurikulum terbaik.
Lawrence juga mendedahkan bahawa SCIS kini akan memiliki kampus pengajiannya sendiri di Rochor bersebelahan dengan Kampus Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura atau SUSS.
Mahasiswa atau penuntut di kedua dua kolej boleh mengambil kursus di kampus bersebelahan mereka untuk memperluaskan lagi disiplin ilmu pengajian mereka.
@channelnewsasia The Singapore College of Islamic Studies (SCIS) will have its own campus in Rochor, next to the Singapore University of Social Sciences (SUSS) campus, announced Prime Minister Lawrence Wong in his Malay speech at the 2025 National Day Rally on Sunday (Aug 17). NDR2025 sgnews #singapore
Di ruangan komen rata rata netizen, terutama dari Malaysia terkesima dan memuji kefasihan Perdana Menteri Singapura berbahasa Melayu.
Malah ada yang menganggap, segelintir Melayu Singapura sendiri pun ada yang tidak fasih dan tidak pandai berbahasa Melayu.
“Ini Perdana Menteri Singapura, berbahasa Melayu tanpa melihat skrip, dan spontan, syabas,” tulis seorang netizen.
Ada juga yang menyindir ahli politik di Malaysia yang tidak fasih berbahasa Melayu. Seharusnya malu dengan Lawrence Wong.
Sebagai tambahan, Singapura adalah negara yang memiliki 4 Bahasa Rasmi iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin atau Cina, dan Bahasa Tamil.
Namun negara tersebut lebih terkenal dengan komunikasi dalam Bahasa Inggeris. Kerana Bahasa Inggeris adalah bahasa yang banyak digunakan dalam pentadbiran di negara tersebut.
Apa yang pasti lagu kebangsaan Singapura adalah dalam bahasa Melayu.
Tiba tiba ada yang klaim itu Bahasa Indonesia
Kemudian netizen tetangga pula tiba tiba klaim Perdana Menteri Singapura sedang Berbahasa Indonesia dan bukannya berbahasa Melayu seperti yang dipraktikan di Malaysia.

Mereka turut mendakwa Bahasa Melayu di Singapura lebih mirip kepada Indonesia berbanding Malaysia.
Ianya disangkal oleh netizen Malaysia yang menyatakan bahawa Singapura itu sendiri pernah menjadi sebahagian Malaysia.

Ada juga yang mengingatkan: “Ini bukan Bahasa Indonesia, dia tak menggunakan perkataan seperti kapan, bisa dan sebagainya.”
