Pereka keffiyah, skarf Palestin dari Malaysia dikritik selepas pereka asal mendakwa rekaan tersebut adalah plagiat.

Malangnya pereka Malaysia itu telah meniru rekaan keffiyah oleh Sarah Musa, seorang pereka fesyen berketurunan Palestin.

Sarah Musa benar benar kecewa dengan tindakan pereka dari Malaysia itu dan melabel jenama itu sebagai perompak hasil mereka sedangkan jenama Malaysia tersebut tersebut mendakwa mereka menyokong Palestin secara terbuka.

Namun sebaliknya mereka telah merampas hak daripada pereka berdarah Palestin.

Sebelum ini artis Malaysia, Yuna antara yang pernah berkolaborasi dengan Sarah Musa kerana pendirian yang sama tentang Palestin. Tak sangka pula pereka dari Malaysia memplagiat hasil rekaan mereka.

Dalam hantarannya di IG – menurut laporan Xtra, Sarah Musa menulis: “Bolehkah semua orang panggil @lima.segi dan komen pada siaran jenama mereka kerana mencuri cetakan kami dan menjadikannya dalam pelbagai warna, salah satunya sama dengan cetakan kami.

“Sebagai pereka Palestin, saya terkejut bahawa mereka mendakwa menyokong Palestin namun mencuri cetakan daripada pereka Palestin.

Setelah mendapat kritikan tanpa henti daripada warganet, pereka tersebut mengakui mereka khilaf mencuri hasil rekaan Sarah Musa.

Mereka serta merta menghentikan penjualan skarf tersebut yang ternyata ciplak.

Dalam kenyataannya mereka berkata: “Maaf untuk makluman anda bahawa sebuah syarikat telah ‘mendakwa’ kami menyalin rekaan design Kefiyyah mereka. Untuk mengelakkan komplikasi lanjut, kami perlu berhenti menjual rekaan design tersebut.

“Jom sokong Kefiyyah original by Sarah Musa Kami amat memohon maaf atas kesulitan ini.”

Sarah Musa kemudian menuntut semua hasil jualan skarf ciplak itu untuk disalurkan sepenuhnya ke tabung amal Palestin.

Sarah Musa menegaskan: “Kami telah meminta dua perkara yang kami tidak dapat maklum balas daripada @geehazakaria. Pertama, berapa banyak keuntungan yang diperoleh daripada menjual reka bentuk curi kami dan untuk membuang inventori.

“Saya telah menyatakan dengan jelas bahawa saya ingin 100% daripada keuntungan didermakan kepada Palestin, dan untuk inventori itu dicincang dan dikitar semula.”

Netizen rata rata malu dengan tindakan pereka dari Malaysia berkenaan yang dianggap merosakkan imej Malaysia di mata dunia.