Konflik antara Carlo Ancelotti dan Florentino Perez mencetuskan perdebatan di kalangan peminat bola sepak.

Real cadangkan Ancelotti undur diri

Difahamkan sebelum ini Real Madrid mencadangkan agar Ancelotti menerima penamatan kontrak atas persetujuan bersama.

Real Madrid akan membayar baki kontrak Ancelotti seperti biasa sehingga 2026. Pengurus itu akan dilantik menjadi duta khas sepanjang hayat untuk kelab tersebut.

Ancelotti kemudian menyatakan bahawa dia setuju untuk melepaskan jawatan tersebut dan meminta Real Madrid membayar pampasan penamatan kontrak selain daripada bayaran baki kontrak sedia ada.

ancelotti
FILE PHOTO: Soccer Football – FIFA Club World Cup – Semi Final – Al Ahly v Real Madrid – Prince Moulay Abdellah Stadium, Rabat, Morocco – February 8, 2023 Real Madrid coach Carlo Ancelotti before the match REUTERS/Susana Vera

Florentino Perez tidak gembira dengan permintaan itu. Kerana menurutnya, selagi lagi Ancelotti menerima wang baki kontrak daripada mereka, pengurus itu tidak boleh sewenang wenang menyertai pasuka lain.

Carlo Ancelotti masih hak Real Madrid

Menurt Perez lagi, Ancelotti cuma dilepaskan daripada tugasan pengurus, bukannya dipecat. Perez menegaskan, Ancelotti hanya boleh ke Brazil jika CBF membayar pampasan penamatan kontrak awal kepada mereka.

carlo ancelotti

Kem Brazil dilaporkan sedang memantau perkembangan ini. Dan sudah sedia untuk melupakan khidmat Carlo Ancelotti.

Carlo Ancelotti dan CBF sebelum ini dikatakan sudah mencapai kesepakatan dalam syarat kontrak. Dan kini CBF Sedia beralih kepada calon lain.

Nama Jorge Jesus kini disebut sebagai calon utama untuk menjadi pengurus Brazil.

Carlo Ancelotti dijangka akan melepaskan jawatannya selepas tamat musim ini. Kegagalan dalam UCL dan kekalahan dalam final Copa Del Rey dikatakan menjadi faktor yang membawa kepada perkara ini.

Real Madrid sedia membuat acara khas, selamat perpisahan penuh dengan hormat kepada pengurus itu pada aksi terakhir liga mereka di Bernabeu pada akhir musim ini.

Namun kini, kedua dua pihak masih perlu menyelesaikan kekalutan yang berlaku di antara mereka.