Mazlan Senario atau Lan Pet Pet sedih apabila periuk belanga yang digunakan mereka untuk berniaga telah dicuri.

Alatan dapur itu penting untuk mereka memasak nasi Beriani Paipon.

Lan memuat naik di Instagram dengan berkata: “Terima kasih ya Allah, Kau beri kami kekuatan.”

Lan dan krewnya bersiap sedia untuk berniaga di Kulim dari 19 hingga 25 Februari ini. Namun malangnya periuk belanga mereka sudah dicuri.

Namun Lan menguatkan tekad dan berjanji kepada peminatnya, bahawa dia dan pasukannya akan tetap berada di karnival makanan tersebut.

Lan menambah: “Saya berdoa kepada Allah SWT permudahkanlah Nasi Paipon Uncle Lan. Orang Kulim, saya janji saya akan tunai tapi kamu tolong berdoa untuk saya dan kru saya.

“Fasal saya dah buat persediaan untuk orang Kulim tapi Allah uji kami. Doa kamu itu insya Allah, Nasi Beriani Paipon akan sampai ke tangan kamu,” katanya, seperti dilaporkan Harian Metro.

Ketika kejadian periuk belanga dicuri itu, Lan berada di Kuantan untuk berniaga. Dan kedainya ketika itu ditutup.

Lan mendedahkan jumlah kerugian kira kira RM10,000. Bukan sahaja periuk besar, malah motor mesin kacau kuah dan kabel pun turut lesap.

Di ruangan komen rakan selebriti dan peminat mendoakan Lan tabah menghadapi dugaan dan berharap agar Lan diberikan rezeki berlipat ganda.