Congratulations Shaheizy Sam kerana sudah bergelar suami kepada pelakon cantik Syatilla Melvin. Semestinya wedding of the year kerana mendapat tajaan perkahwinan yang bernilai RM25 juta ringgit!
Jadi menurut Sam, majlis perkahwinannya ditaja kecuali barang hantaran dan cincin perkahwinan mereka. Jadi apa yang sampai RM25 juta tajaan perkahwinan mereka tu? Jom lihat pecahan tajaan itu.
1. Barang kemas pengantin perempuan (RM20 juta)
2. Baju kahwin (RM730,000)
3. Kek kahwin (RM18,000)
4.Doorgift tetamu (RM45,000)
5. Hiasan majlis perkahwinan (RM405,000)
6. Videographer dan photographer (RM90,000)

7. Kos pengangkutan (RM35,000)

8. Lain- lain kos (RM3.5 juta)

Tahniah sekali lagi buat pasangan mempelai! Bagi mereka yang kata perkahwinan ini membazir kerana kosnya yang tinggi, di sini saya ingatkan ini semua adalah tajaan. Selaku penaja, mereka mahukan mileage dari coverage perkahwinan Sam dan Syatilla ini yang semestinya mendapat perhatian ramai. Jadi jangan kecam mereka ya? Semoga berbahagia hingga ke anak cucu Sam dan Syatilla!