Krisis mata wang berlaku apabila wujud keraguan yang serius sama ada sebuah negara itu mempunyai rizab pertukaran asing yang mencukupi atau tidak untuk mengekalkan kadar pertukaran tetap di negara itu.

Keadaan bertambah kritikal apabila keraguan itu disusuli dengan serangan spekulasi dalam pasaran pertukaran asing. Kemudian ia dikaitkan dengan baki defisit pembayaran yang kronik dan krisis ini memuncak dalam penurunan nilai mata wang.

Dalam bahasa mudah, nilai mata wang boleh jatuh apabila hutang negara melebihi kebolehan untuk membayar balik hutang dan bunga tersebut. Kebiasaannya negara akan mencetak sejumlah wang kertas atau menangguhkan pembayaran untuk meredakan keadaan itu.

Apakah yang akan berlaku selepas penurunan nilai mata wang sesebuah negara?

Itulah persoalan yang mahu dirungkaikan di dalam artikel ini berdasarkan apa yang pernah berlaku sebelum ini.

1. Apabila mata wang jatuh, kerajaan akan cuba mengapungkan mata wang baru.

Pada 2009, dolar Zimbabwe telah lumpuh menyebabkan beberapa mata wang lain digunakan dan mata wang yang popular digunakan ialah dolar Amerika Syarikat kerana ia adalah mata wang simpanan di Bank Dunia. Tetapi kerajaan Zimbabwe telah mengenakan denda kepada mereka yang menggunakan dolar Amerika atau mata wang lain kerana kerajaannya mahu mengawal ekonomi dan rakyat.

www.investopedia.com
www.investopedia.com

Kebiasaannya nilai satu mata wang baru menyebabkan kadar pertukaran wang lama kepada wang baru boleh mencecah sehingga berbillion. Itulah antara sebab ramai orang menukarkan mata wang tempatan kepada mata wang lain yang lebih stabil. Dalam kes Zimbabwe ini, antara mata wang alternatif mereka ialah dolar Amerika Syarikat dan Afrika Selatan.

2. Situasi hiperinflasi berlaku membuatkan mata wang tidak bernilai lagi.

Rakyat Zimbabwe perlu membawa beg plastik untuk membawa wang bagi membeli barangan harian. Harga pula sekurang-kurangnya meningkat dua kali dalam satu hari.

Ini contoh penjual meletakkan harga 3 biji telur dengan nilaian 100 billion dolar Zimbabwean yang baru di Harare pada Jun 2015.

www.ibtimes.co.uk
www.ibtimes.co.uk

Ini berpunca daripada kadar inflasi yang meningkat mendadak setiap tahun:

  • inflasi mencapai 624% pada tahun 2004
  • inflasi mencapai 1730% pada tahun 2006
  • inflasi mencapai 11000% pada tahun 2007

Pernah satu detik pada tahun 2008, hiperinflasi mencecah 500,000,000,000% telah membuatkan mata wang tempatan langsung tidak bernilai.

3. Negara lain menduduki kawasan perindustrian selepas negara gagal membuat pembayaran balik.

Selepas Perang Dunia Pertama, Republik Weimar merupakan original poster child untuk mata wang gagal.

www.investopedia.com
www.investopedia.com

Pada waktu itu, Jerman perlu mematuhi syarat Perjanjian Versailles yang memerlukan Jerman membayar pampasan perang kepada negara-negara bersekutu.

Oleh kerana Jerman gagal membayar balik kepada negara terbabit, kawasan-kawasan perindustrian Jerman diduduki Perancis dan Jerman.

Ini menyebabkan kerajaan Jerman tertekan dan terpaksa mencetak wang kertas untuk membayar gaji dan hutang perang, dan hiperinflasi ditetapkan.

Apabila Rentenmark diperkenalkan untuk menggantikan mata wang sedia ada, kadar pertukaran adalah 1 untuk 1 trilion.

www.banknoteindex.com
www.banknoteindex.com

4. Wujudnya dua kadar pertukaran yang berbeza.

Ini berkisar tentang peranan wang fizikal dalam kehidupan sehari-hari penduduk Argentina. Di sana perlu berhati-hati dengan bil palsu dan sebaik-baiknya wang yang dibayar sama dengan jumlah yang dinyatakan.

Ini kerana wujud dua kadar pertukaran yang berbeza telah merumitkan keadaan tersebut. Kerajaan mengeluarkan kadar rasmi dengan menetapkan pada sekitar 8 peso kepada 1 dolar dan ada satu lagi kadar yang diwujudkan oleh pasaran gelap. Kadar pasaran gelap atau kadar tidak rasmi menetapkan kira-kira 11 peso bagi setiap dolar.

www.dailymail.co.uk
www.dailymail.co.uk

Pelancong akan memilih menukarkan wang dengan kadar pasaran gelap kerana kuasa membeli lebih tinggi. Tambah lebih menarik apabila kedua-dua kadar dipaparkan di dalam surat khabar harian tempatan. Malah, sesetengah servis pertukaran wang pasaran gelap boleh menghantar peso ke hotel bagi memudahkan urusan pelancong.

Rugi ke? Bagi penduduk tempatan yang terlibat tindakan ini telah melindungi nilai mata wang mereka apabila dapat menukarkannya dengan mata wang yang lebih stabil.

5. Rakyat terpaksa membelanjakan wang dengan segera untuk membeli barangan.

Ramai fikir jika mata wang jatuh teruk itulah masa untuk simpan wang. Sebenarnya tidak di dalam dunia realiti kerana rakyat tidak ada pilihan lain terpaksa membelanjakan wang untuk membeli barangan. Sekiranya gagal berbuat demikian, kemungkinan kuasa membeli mereka akan berkurangan menjadi separuh dalam masa beberapa jam sahaja. Itulah situasi yang dialami di Argentina antara tahun 2001 hingga 2002 dan juga di Rusia apabila nilai mata wang jatuh setiap masa.

Keadaan menjadi kelam-kabut dan menekan rakyat. Bayangkan pekerja kedai perlu berlari ke rak-rak barang dan menukarkan harga barang mengikut kadar semasa. Malah, pertukaran harga pernah berlaku di dalam jam yang sama. Bayangkan anda ke kedai dan mengambil barang-barang di rak. Apabila tiba di kaunter bayaran, jumlah harga melambung tinggi kerana harga di rak tadi sudah tidak relevan lagi dan harga baru yang dikenakan adalah lebih tinggi.

6. Bank ditutup atau menghadkan operasi perbankan.

Sebenarnya bank kekurangan wang fizikal. Apa yang mereka ada hanyalah wang dalam bentuk nilaian digital. Disebabkan itu bank menggalakkan pengguna menggunakan kad debit dan kad kredit dalam urusan belian harian.

Apabila mata wang negara jatuh, rakyat menjadi panik dan mahu mengeluarkan wang daripada bank sebelum bank muflis atau kehabisan wang fizikal. Bagi mengekang usaha itu, bank akan menghadkan transaksi bank atau menutup sementara operasi bank agar wang tidak keluar dari bank mereka.

Keadaan ini telah berlaku di Greece pada pertengahan 2015 di mana mesin pengeluaran wang tunai (ATM) dihadkan pengeluarannya sebanyak 60 euro sehari untuk seorang.

www.wsj.com
www.wsj.com

7. Peningkatan kadar pengangguran dan kemiskinan

Pelabur-pelabur luar menutup perniagaan dan kilang-kilang di negara yang sedang mengalami krisis mata wang/ekonomi. Penutupan ini telah menyebabkan ramai rakyat kehilangan pekerjaan.

Kadar pengangguran meningkat menyebabkan ramai rakyat yang menjadi miskin. Golongan ini mengalami kekurangan wang atau tiada wang untuk membeli makanan menyebabkan mereka terdorong untuk melakukan aktiviti jenayah di atas kapasiti mahu meneruskan hidup yang kian mendesak.

Keadaan ini mewujudkan rasa tidak selamat di kalangan rakyat menyebabkan rakyat menggesa kerajaan untuk mengambil tindakan sehinggalah terjadinya ketidakstabilan politik negara.

Baca: Greece Kehabisan Wang Tunai Dan Ini Apa Yang Rakyat Malaysia Perlu Tahu

8. Penyekatan wang keluar dari negara

Antara usaha kerajaan untuk menstabilkan ekonomi negara ialah dengan melakukan penyekatan wang keluar dari negara.

Untuk mencapai objektif tindakan itu, transaksi di atas talian dan transaksi peribadi tidak dibenarkan berlaku. Antara golongan yang terkesan dengan tindakan ini ialah pekerja asing yang bekerja di dalam negara kerana tidak boleh menghantar wang ke negara asal mereka.

Kebanyakan kedai, hotel dan restoran tidak akan menerima pembayaran melalui kad lagi. Mereka mahukan wang tunai. Maka, tanpa wang tunai akan menyebabkan kehidupan menjadi lebih sengsara.

Hal ini sedang berlaku di Greece.

Baca lanjut di: Kawalan Modal Di Greece

9. Sistem barter digunakan untuk mendapatkan barang.

Percaya atau tidak, sistem barter akan digunapakai semula untuk mendapatkan barangan asas bagi meneruskan kehidupan. Konsepnya mudah untuk difahami di mana apabila mata wang menjadi tidak bernilai, aset fizikal akan menjadi duit.

Aset fizikal yang akan menjadi duit pada saat itu ialah emas, perak, makanan, hartanah, kereta, bahan bakar atau minyak, pakaian, ubat-ubatan, senjata, rokok, mancis dan lain-lain lagi.

Pendek kata, benda-benda yang kita tidak hargai sewaktu ekonomi baik itulah yang akan menjadi lebih bernilai sewaktu ekonomi jatuh dan mengheret mata wang menjadi tidak bernilai.

Ini bermakna mereka yang mempunyai aset fizikal sebegini turut perlu meningkatkan kawalan keselamatan kerana ada kemungkinan mereka akan dicederakan atau dirompak kerana mahu merampas aset-aset fizikal tersebut.

10. Lain-lain

Kerajaan menyelamatkan diri mereka sendiri dan orang-orang kaya dengan menyalahgunakan dana yang disalurkan untuk membantu negara. Keadaan ini turut mendorong peningkatan aktiviti rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Contoh-contoh boleh dilihat di negara dunia ketiga.

Dalam waktu yang sama kebanyakan rakyat menyangka kerajaan akan menyelamatkan mereka yang sedang bertarung dalam keadaan ekonomi negara yang tidak menentu. Tetapi lama-kelamaan mereka akan memberontak dan melakukan demonstrasi bantahan terhadap kerajaan di atas kegagalan memulihkan keadaan ekonomi negara.

Tampuk pemerintahan akan bertukar ekoran ketidakpuasan hati rakyat.

Selain itu, pembayaran gaji pekerja sektor kerajaan dan pengeluaran wang pencen oleh kerajaan dipotong dan akhirnya ditangguhkan kerana kerajaan tiada dana untuk tujuan pembayaran tersebut.

Baca: Nilai Ringgit Makin Menyusut. Ini 40 Cara Selamatkan Wang Anda Di Tahun 2015!

Kesimpulan

Sejarah menunjukkan apa punca sebenar disebalik krisis mata wang berlaku. Di dalam sejarah juga menyatakan krisis di dalam negara akan berlaku dan kerajaan tidak mampu mengawal kadar inflasi. Ini akan menyebabkan rakyat berasa tertekan untuk meneruskan kehidupan.

Sekiranya menerima bantuan daripada luar pula, negara akan terikat dengan mereka dan polisi negara turut akan dipengaruhi oleh mereka. Akhirnya, rakyat juga yang akan menjadi mangsa.

Melalui sejarah juga, kita boleh belajar untuk bersedia menghadapi gelombang tsunami ekonomi yang tidak stabil sama ada di peringkat negara atau keluarga atau individu.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram