Sempena perayaan Thaipusam tak lama lagi, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) dan Penang Port Sdn Bhd (Penang Port) akan menawarkan perkhidmatan feri percuma bermula 12.01 tengah malam 24 Januari hingga 2 pagi 26 Januari bagi memudahkan perjalanan penganut agama Hindu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, penggunaan perkhidmatan feri, yang buat kali pertama akan beroperasi 24 jam, diharapkan dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di sebelah pulau, petik Buletin TV3.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Selepas penumpang feri tiba di terminal feri Pangkalan Raja Tun Uda, ada bas Rapid Penang yang turut memberikan perkhidmatan percuma kepada mereka.

“Bas akan berhenti di lokasi sembahyang dengan destinasi akhir di Kuil Arulmigu Balathandayuthapani,” katanya dalam sidang media selepas Majlis menandatangani memorandum persefahaman Perbadanan Aset Keretapi (RAC) dan Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang bagi pembangunan sebahagian Lot Bandar Prai hari ini.

Tambah beliau lagi, perkhidmatan Bas Rapid Penang juga ditawarkan secara percuma. Masa operasinya adalah dari 2 petang hingga 1 pagi 24 Januari dan pada 25 Januari, dari 5.30 pagi hingga 1 pagi keesokannya.

Anthony berharap agar usaha itu dapat meningkatkan penggunaan pengangkutan awam khususnya ketika waktu musim perayaan.

Sumber