Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kini menawarkan perkhidmatan Grab EV dan EV Lounge pertama buat para pelanggan.
Dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan di KLIA, YB Anthony Loke menyatakan inisiatif Grab ini menyokong pelbagai usaha kerajaan dalam meningkatkan kualiti sistem pengangkutan di pintu masuk utama negara.
Baca Juga:
- AirAsia Pindah Dari Subang, Satukan Operasi Domestik Di KLIA 2 Pada April Ini
- Iklan PTPTN Di KLIA2 Buat Peminjam ‘Sentap’ Undang Pelbagai Reaksi Netizen
- KLIA Tersenarai Antara 10 Lapangan Terbang Paling ‘Instagrammable’ Di Dunia
Perkhidmatan Grab EV itu menawarkan pengalaman ‘perjalanan hijau’ yang mesra alam buat pelanggan semasa menuju ke destinasi pilihan.
Grab EV guna BYD M6 di KLIA

Grab akan memulakan operasi EV mereka di KLIA dengan menggunakan model BYD M6.
BYD M6 ialah MPV elektrik tujuh tempat duduk yang memfokuskan ciri-ciri mesra keluarga dan ruang dalaman yang luas.
Ia merupakan MPV tiga baris tempat duduk dengan konfigurasi 6-tempat duduk atau 7-tempat duduk yang tersedia.

“Saya juga ingin menekankan bahawa kerjasama awam-swasta seperti ini adalah kunci kejayaan dalam mempercepatkan penggunaan EV di seluruh negara.
“MoU terkini antara Grab dan beberapa rakan strategik, termasuk penyedia EV dan syarikat pengecasan baru-baru ini, mencerminkan keselarasan pihak industri dengan aspirasi negara.

“Saya berharap pelancaran ini menjadi pemangkin kepada pengembangan EV di seluruh Malaysia — bukan sahaja di Lembah Klang.
“Tetapi juga di bandar-bandar utama lain seperti Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuching dan Kota Kinabalu,” kata Anthony Loke.