Perkhidmatan Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) ditamatkan berkuat kuasa semalam.

Dalam Kenyataan Media bertarikh 13 Disember 2022, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali, berkata penamatan itu selaras dengan peraturan 49(3) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993].

Baca Juga:

Beliau berkata Mohd Shafiq dibersarakan mengikut subseksyen 10(5)(d) Akta Pencen 1980 [AKTA 227] yang membolehkan beliau menikmati semua faedah persaraan yang layak baginya.

“Keputusan ini diambil setelah melalui semua prosedur bagi Penamatan Demi Kepentingan Awam (PDKA) dan telah diteliti keteraturannya oleh Jabatan Peguam Negara.

“Saya bagi pihak kerajaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Dato’ Sri Mohd Shafiq bin Abdullah atas jasa dan khidmat bakti beliau kepada negara sebagai penjawat awam.

“Saya menyeru kepada semua penjawat awam untuk terus memberikan komitmen dan dedikasi dalam menjalankan tugas yang diamanahkan demi negara yang kita cintai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Shafiq, 58, Mohd Shafiq yang sebelum ini adalah Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan menggantikan Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman yang bersara wajib pada 16 Januari lalu.

Berdasarkan laporan Berita Harian, Sebelum ini tular di media sosial berhubung dakwaan seorang pegawai tinggi kerajaan telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang pegawai Jabatan Imigresen (Imigresen) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dalam satu insiden pada 3 Ogos lalu.

Rentetan itu, Mohd Zuki pada 7 Ogos lalu mengumumkan penubuhan satu Jawatankuasa Siasatan, yang dipengerusi Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun bagi menyiasat dakwaan insiden membabitkan seorang pegawai tinggi kerajaan dan pegawai Imigresen di KLIA itu.

Ia selepas Kabinet pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang ketika itu Perdana Menteri mengarahkan KSN menubuhkan jawatankuasa bagi menyiasat isu membabitkan Mohd Shafiq yang didakwa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang pegawai kanan Jabatan Imigresen (Imigresen).

Sumber