Sedia maklum, perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Indonesia telah berlangsung baru-baru ini untuk menentukan pasukan mana yang layak sertai piala dunia. Malah, Malaysia telah menang dan mengutip mata penuh ketika perlawanan tersebut.
Berikutan itu, pelbagai reaksi yang dapat dilihat dimana ada yang tidak berpuas hati dan ada juga yang membahan pasukan lawan yang kalah. Terbaharu, kecoh di media sosial apabila ada yang membahan pihak Indonesia untuk hanya menyertai acara sukan membancuh simen.
Oleh sebab statement membahan yang dirasakan seperti ‘menghina’ pekerjaan sebagai seorang buruh kasar, seorang pengguna Twitter tampil mengatakan bahawa gaji buruh jauh lebih banyak.
Saya ceritakan sedikit gaji buruh separa mahir warga Indonesia yang membancuh simen.
1 hari – RM80
1 bulan – RM80 x 28 hari = RM2,240.Mereka tiada ijazah, tiada hutang PTPTN, tiada hutang kereta dan tidak mengharap gaji minima.
Warga tempatan tidak berminat? pic.twitter.com/2ix8JS4JJp
— Roman Akramovich (@SyedAkramin) November 20, 2019
Menerusi perkongsian tersebut, dapat dilihat gaji sebulan seorang buruh kasar warga Indonesia yang membancuh simen adalah sebanyak RM2,240. Ini menunjukkan bahawa gaji setiap hari adalah RM80. Mereka yang tidak mempunyai latarbelakang dalam pendidikan mampu mendapat gaji yang lumayan.
Justeru itu, rata-rata netizen juga bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pengguna tersebut. Malah, ada juga yang mengatakan bahawa pekerja di kilang juga bergaji sehingga RM3 ribu sebulan.
Indon dkt rumah aku ni keje buat rumah tp mampu beli 2 3 biji rumah.kasi sewa.kete? 4 biji.paling mahal volkswagen.motor? 6biji…Tak sombong kecuali wife dia jela. Hahaha
— Too Tall ™️ (@Nick_farishh) November 20, 2019
Leader indo dkt kilang satu boskkue! Gaji 3k kekadang, kerja mengarah je hahaha mentang mentang leader. Aku jelah dluu yg kena puji puji diorg kalau taknak kena marah hahahaa. dua org je org melayu malaysia dlm group , dan cuma aku sorg operator kanakanak ribena! Erk
— arissa (@syaaaayusof) November 20, 2019
Betul tu. Nak provokasi atau hina balik jangan libatkan rezeki atau pekerjaan yang mereka lakukan. Dah lama dah perhatikan sesetengah orang kita yang suka rendah kan kerja bancuh simen dan buruh kasar. Kalau baca laporan ekonomi pun, Indonesia bakal antara jadi kuasa besar dunia
— Awan Nano (@HanSomelah) November 20, 2019
Tahukah kamu saya bayar pekerja indonesia saya RM150/hari dan saya juga bertanggung jawab renew permit mereka serta sewa rumah mereka kerana kemahiran mereka?
RM150 x 27hari :RM4,050
— Muhammad Ikhwan🇲🇾🏴 (@redrockerzz) November 21, 2019
Kita dapat lihat bahawa gaji yang diterima oleh buruh kasar agak tinggi. Kebanyakan buruh kasar dibayar tinggi kerana kerja mereka yang berisiko tinggi dan memenatkan.
Adakah ada rakyat Malaysia yang berminat untuk bekerja buruh? Apakah pandangan anda mengenai budaya membahan ini?
Tahukah anda bahawa hampir 200,000 graduan di Malaysia tidak mempunyai pekerjaan? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
200,000 Graduan Di Malaysia Tidak Mempunyai Pekerjaan Ketika Ini
Warga Bangladesh Jana Pendapatan RM100,000 Sebulan Jual Barang Ciplak Di Malaysia
Insentif #MalaysiaKerja Diperkenalkan Tawar Peluang Pekerjaan Untuk Rakyat Malaysia