Kecoh sejak semalam apabila tular sebuah video memperlihatkan seorang pensyarah dari IPTA tempatan yang sedang mengajar menerusi Google Meet memperlekeh seorang pelajar daripada golongan B40.
Difahamkan isu ini bermula apabila pelajar berkenaan pelajar tampil menyuarakan jawapan kepada soalan yang ditanyakan. Dalam pada itu, respon yang diberikan nyata mengejutkan ramai apabila pensyarah berkenaan mempersoalkan kemampuan pelajar tersebut yang sekadar menggunakan telefon pintar berbanding komputer riba.
@arifeddy Sampai hati cakap macam tu dengan orang susah 😠#lectureruitm #uitm #professorroshana #roshanatakim #uitmseriiskandar #uitmshahalam #fyp #fypmalaysia #viral
Kata-kata yang mengguris hati pelajar seperti mempersoalkan status pelajar berkenaan yang tidak lagi mempunyai ibu manakala bapanya tidak bekerja di khalayak ramai antara yang mencuri perhatian netizen.
Selain itu, pensyarah berkenaan turut memaklumkan agar pelajar berkenaan memaklumkan kepada kakaknya agar menjual gelang emas yang dimiliki dalam memastikan beliau mampu mendapatkan komputer riba berharga RM800.
Tindakan yang dilakukan pensyarah tersebut bukan sahaja membuatkan pelajar berkenaan malu malah turut membuatkan para netizen berang serta mempersoalkan tindakan pensyarah yang bergelar profesor tersebut. Berikut merupakan respon netizen terhadap isu yang berlaku.
I bukan student UITM tapi bila i tengok video rasa sakit hati gila. Kenapa seorang pensyarah boleh merendahkan anak murid dia sendiri. Bukan salah mereka untuk jadi susah. Lebih baik menolong dari pada mencaci.
Mungkin jugak dia tengah tunggu free laptop yang dijanjikan dulu…. pic.twitter.com/YSsSDVfofS
— HAKAK CREAM PUFF (@athirahridwan41) March 29, 2022
Demi ILMU. Skg dihina esok jadi SESEORANG. Itula STUDENT. Itula PENDIDIK.
Terlajak perahu boleh diundur…
Terlajak kata buruk padahnya. https://t.co/xTMCxfwmBM— Nur Amiralaila binti Wahab (@Miera6314) March 30, 2022
Sementara itu, tindakan memperlekeh pelajar tersebut turut mendapat perhatian Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang tidak bersetuju dengan contoh yang ditunjukkan pensyarah berkenaan serta mahu pihak UiTM pengurusan tertinggi universiti untuk membuat siasatan dan mengambil tindakan yang wajar dan selayaknya.
KENYATAAN RASMI YDP MPP UiTM SE-MALAYSIA 21/22 MENGENAI VIDEO TULAR PENSYARAH UiTM. pic.twitter.com/wxkMpRmkdO
— Rakan FBM (@smffpp) March 30, 2022
Selain itu, terdapat juga pihak yang mahu memberi sumbangan komputer riba kepada pelajar berkenaan yang sedaya upaya hadir dalam kelas pembelajaran menerusi Google Meet meskipun sekadar menggunakan telefon pintar.
Diharap isu ini dapat diselesaikan dengan baik agar perkara seperti ini tidak lagi berulang sekaligus mengelakkan daripada terdapat pelajar yang diperlekeh kerana kurang berkemampuan.
Dilaporkan menulis komen dengan memalukan mana-mana pihak mampu membuatkan seseorang individu dihukum penjara dan denda RM50,000. Klik pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.
Hati-Hati Tulis Komen Malukan Orang Kerana Anda Boleh Dihukum Penjara Dan Denda RM50,000
Jarang Nampak Di Atas Jalan, Kereta Unik Berbentuk Kapsul Ini Undang Perhatian Orang Ramai