Pasti ada di antara kita yang berhasrat mahu mengajar di luar negara seperti Amerika Syarikat kerana dilihat bergaji lebih besar dan berpeluang merasai pengalaman menetap di negara maju tersebut.

Walaupun tanggapan kita pada dasarnya ia sesuatu yang menyeronokkan, namun realiti adalah sebaliknya. Hal ini kerana pelajar di negara Barat sebenarnya tampil lebih ‘agresif’ dan memeningkan jika nak dibandingkan dengan negara ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Seorang pengguna TikTok bernama @jaibhrdn yang juga merupakan warganegara Malaysia berkongsi realiti sebenar mengajar pelajar sekolah rendah di negara Amerika Syarikat.

Berdasarkan video yang disiarkan, dapat dilihat yang mana pelajar di sana tanpa segan silu menunjukkan isyarat lucah kepadanya dan mereka juga turut menyepahkan perabut dan buku di dalam kelas.

Sumber Gambar: TikTok @jaibhrdn

Tidak cukup dengan itu, pelajar di sana juga menyakiti lelaki tersebut secara fizikal dengan mencakar lengan dan mencederakan tanggannya.

Beliau juga dilihat terpaksa melayan kerenah pelajar yang keluar dari kelas untuk menyorok dan ada juga yang lebih ekstrem apabila sanggup keluar dari perkarangan sekolah.

Bahkan, pelajar di Amerika Syarikat juga tampil berani melawan kata guru terbabit. Hantaran lelaki ini terbukti telah meraih perhatian netizen tempatan apabila berjaya meraih 1.8 juta jumlah tontonan, 138.5K likes dan menerima pelbagai reaksi komen menerusinya.

@jaibhrdn

Berani mari la

♬ A Thousand Miles – Vanessa Carlton

Rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dengan perangai pelajar di sana kerana kelihatan terlalu agresif dan tidak beradab terhadap guru mereka. Ada individu bergelar guru juga menyatakan kesyukuran tidak perlu menghadapi masalah sebegini ketika mengajar di sekolah di Malaysia.

Sumber Gambar: TikTok @jaibhrdn
Sumber Gambar: TikTok @jaibhrdn

Netizen turut membandingkan pelajar di Malaysia jauh lebih bagus walaupun nakal berbanding dengan pelajar di Amerika Syarikat. Hal ini kerana pelajar kita dilihat masih mempunyai perasaan hormat terhadap guru yang mengajarnya bahkan apatah lagi menyakiti secara fizikal.