Pada awal minggu lalu satu gambar menunjukkan pembinaan gantri plaza tol di Genting Highlands telah menarik perhatian ramai.

Tidak lama kemudian jurucakap sebuah syarikat mengesahkan pembinaan tersebut merupakan pembinaan plaza tol dibawah pengendalian mereka. Bagaimanapun pihak kerajaan negeri Pahang tidak tahu mengenai perancangan tersebut.

Baca Juga:

Dalam satu kemas kini terbaharu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menyatakan tidak menerima permohonan daripada mana-mana pihak berhubung projek pembinaan plaza tol di Genting Highlands.

Menurut Pengerusinya, Jalaluddin Alias berkata walaupun pembinaan itu dibuat atas tanah persendirian, ia masih tertakluk kepada peruntukan undang-undang.

“Ingin ditegaskan pembinaan plaza tol itu tidak ada kena mengena dengan LLM dan LLM juga tidak pernah menerima apa-apa permohonan berkaitan pembinaan itu,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata, arahan pemberhentian kerja pembinaan daripada kerajaan Pahang adalah hak dan bawah bidang kuasa mereka.

Jalaluddin yang juga Ahli Parlimen Jelebu berkata, jika pihak berkenaan mahu meneruskan kerja pembinaan, mereka perlu memohon mengikut prosedur ditetapkan.

Terdahulu syarikat yang akan menguruskan tol itu turut bertanggungjawab terhadap pengurusan cerun, tanah runtuh, menyelenggara jalan dan lampu jalan di kawasan tanah tinggi tersebut.

Sumber