Pada tahun lalu, Neelofa telah melancarkan produk inai dan tercetus kontroversi apabila produk tersebut dijual di Shopee Innai Nunha HQ seolah-olah tikam belakang stokis dan agen.
Terbaharu, tular di Instagram sebuah video dan keluahan individu dipercayai reseller produk tersebut yang berasa dianiayai oleh pihak HQ apabila HQ membuat promosi besar-besaran sempena jualan 6.6.
Baca Juga:
- Isu Kesal Guna Duit KWSP Labur ‘Unit Trust’, Pakar Kewangan Dedah Realiti Sebenar
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
- ‘Ibu Lebih Percayakan Scammer’ – Anak Luah Rasa Kesal Duit Lebih RM60,000 Milik Ibunya Lesap
https://www.instagram.com/p/CtBG8U1p1FA/
Untuk pengetahuan anda, kos modal untuk sekotak inai Nunha adalah RM26, manakala HQ menjualnya dengan harga runtuh RM10 sekotak.
Pastinya apabila HQ menjual dengan harga murah maka reseller akan rugi kerana produk di tangan mereka tidak terjual.
Bukan itu sahaja, reseller tersebut juga telah menghantar mesej peribadi menerusi Instagram, namun pihak HQ Inai Nunha seakan-akan hanya pandang sebelah mata kerugian para peniaga dan tidak memberi sebarang solusi untuk membantu reseller.
Malah, reseller tersebut juga menuntut Neelofa dan Haris agar memberikan penjelasan mengenai isu ini kerana tindakan terbabit merugikan reseller.