Permainan Fortnite telah dikeluarkan daripada platform iOS sejak tiga tahun lalu kerana memintas sistem pembelian dalam permainan di App Store. Hal ini sekaligus memyebabkan ramai pengguna bersedih kerana tidak boleh bermain permainan yang diminati.
Bagaimanapun, Tim Sweeney yang merupakan CEO Epic Games telah menghantar ciapan yang memberikan petanda bahawa Fornite mungkin akan kembali ke peranti iOS pada tahun ini.
Baca Juga:
- Elakkan Diri jadi Mangsa Scam, Ini 12 Pelaburan Emas ‘Trusted’ Yang Patuh Syariah
- Risiko Sewa Rumah, Ini Sebab Mengapa Pentingnya Ambil Deposit Daripada Penyewa
- ‘Bankrap Bukan Pengakhiran’ – Individu Ini Kongsi Kisah Bangkit Daripada Fasa Bankrap
Next year on iOS!
— Tim Sweeney (@TimSweeneyEpic) December 31, 2022
Hal ini besar kemungkinan berkaitan dengan polisi Eropah yang mahu pihak Apple membenarkan sideloading yang boleh dipasang pada peranti iOS.
Sebelum dihalang daripada App Store, Fornite merupakan antara pencipta yang mencatatkan pendapatan tertinggi di App Store dan Google Play Store. Malah, majoriti peminat telah menyambut berita ini dengan mengatakan tidak sabar untuk bermain permainan tersebut menerusi iPhone pada tahun ini.