Sejak akhir-akhir ini, dapat dilihat permaian mudah alih semakin mendapat tempat di kalangan pengguna telefon pintar. Malah, terdapat permainan mudah alih yang turut dipertandingkan di peringkat global.
Terbaharu, muncul sebuah lagi permainan berkonsepkan strategi RPG iaitu Alchemy Stars. Dihasilkan oleh TourDogStudio, permainan ini memfokuskan kepada permainan secara berkumpulan dalam usaha untuk menumpaskan pihak musuh.
Menerusi permainan ini, para pemain turut berpeluang memadankan jubin dengan warna yang sama untuk mengaktifkan serangan watak mereka. Kehebatan menghubung jubin yang lebih sepadan sekaligus menunjukkan kemahiran pemain dalam mengawal seluruh medan perang.
Terdapat 4 jubin berwarna berbeza dalam permainan yang sesuai dengan elemen watak anda. Merah untuk api, biru untuk air, kuning untuk guruh dan hijau untuk hutan.
Lebih 80 watak tersedia untuk digunakan para pemain yang dibahagikan kepada 6 puak yang berbeza untuk dikumpulkan oleh pemain. Setiap watak ini mempunyai kemahiran unik yang berguna semasa pertempuran.
Dalam usaha untuk menghubungkan kesemua pemain seluruh dunia, Alchemy Stars sedia ditawarkan dalam bahasa Inggeris, Jepun dan juga Korea. Buat anda yang berminat untuk mencuba game terbaru ini, anda boleh dapatkannya dengan muat turun di Apple App Store dan Google Play Store bermula 19 Jun ini.
Tular pada minggu ini apabila seorang pembeli disekolahkan penjual Shopee gara-gara memberi dua bintang kerana gagal terima tampahan yang dibuat pada hari yang sama.
Gagal Terima Tempahan Hari Yang Sama, Pelanggan Ini ‘Disekolahkan’ Penjual Shopee
Angkara Telefon YES Meletup, Xiaomi Hadiahkan Pelajar Ini Redmi Note 10 5G Bagi Tujuan PdPR