Trend menggunakan perkhidmatan personal shopper bukanlah satu lagi perkara yang asing dalam kalangan masyarakat kita.

Kebanyakan masanya, pelanggan-pelanggan ini akan mengirimkan barang-barang yang tiada dijual di negara kita kepada geng personal shopper yang berada di luar negara.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

harajuku

Antara barang yang selalu dikirimkan kepada mereka adalah pakaian, barangan berjenama dan juga barang-barang yang tiada dijual di dalam negara.

Bagaimanapun, pendedahan dari salah seorang personal shopper dari Malaysia ini pasti akan mengejutkan ramai orang di mana dia telah diminta untuk membeli pakaian dalam wanita.

Dalam perkongsiannya kepada MStar, pelajar pengajian Doktor Falsafah di Universiti of Tsukuba di Jepun, Ezral Ghazali memberitahu permintaan membeli bra dari pelanggannya di Malaysia adalah antara pengalaman pelik yang pernah dialaminya.

“Ada yang pernah kirim kat saya pakaian dalam wanita.

“Alasannya corak tu tak dijual di Malaysia, saya pun belikan je,” katanya.

Selain membelikan pakaian dalam, dia juga pernah membelikan seutas jam tangan berjenama G-Shock yang berharga RM3,000 buat pelanggannya.

Menjalankan aktiviti sebagai personal shopper ketika berada di negara matahari terbit itu juga, Ezra berkata dia turut membelikan termos berjenama Starbucks di sana.

Ini katanya walaupun termos Starbucks juga ada dijual di Malaysia, namun corak yang ditawarkan dua negara itu adalah berbeza.

Paling menarik, termos yang dijual di Jepun itu sebenarnya dibuat di Malaysia namun atas beberapa sebab ia tidak dijual di negara kita sekaligus menjadikan ia antara produk paling popular yang dikirimkan kepada beliau.

“Termos itu dibuat sahaja di Malaysia kemudian dieksport ke Jepun. Hanya Starbucks di Jepun sahaja yang mempunyai lesen untuk menjual termos bercorak seperti itu […].

“Anda tidak akan jumpa di Malaysia walaupun pengilangnya di sana,” jelasnya.

Baca perkongsian kami sebelum ini bagaimana anda boleh menjana pendapatan dengan menjadi personal shopper. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

7 Tip Buat Duit Sambil Travel Melalui ‘Personal Shopper’

16 Pekerjaan Ini Anda Boleh Lakukan Di Luar Negara Sambil Terokai Dunia