Tiada siapa boleh menafikan betapa pentingnya sosok figura Dr Nor Hisham Abdullah atau lebih mesra disapa sebagai DG Hisham dalam mengurus dan mengendalikan serangan wabak Covid-19 di negara ini pada beberapa tahun lalu.

Walaupun beliau kini sudah bersara daripada jawatan Ketua Pengarah Kesihatan di KKM, jasa beliau masih menjadi sebutan di kalangan rakyat. Malah, ada sebahagian anak muda yang bercita-cita mahu menjadi seperti beliau apabila dewasa kelak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi satu video yang dimuat naik di akaun TikTok bfmradio, pihak mereka telah menemu ramah ikon negarawan tersebut yang mana sedikit sebanyak telah berkongsi sebab memilih ceburi bidang perubatan secara khususnya.

Apabila dilontarkan soalan adakah DG Hisham memang bercita-cita mahu menjadi seorang doktor sejak kecil lagi, beliau mendedahkan bahawa pada suatu ketika dahulu sebenarnya bercita-cita mahu menjadi pengawai agama atau mufti.

Kisahnya bermula sewaktu memasuki Kolej Islam Klang di mana beliau telah dimasukkan ke dalam aliran sains meskipun bercadang mahu melanjutkan pelajaran dalam aliran sastera untuk belajar agama.

Ustaz yang menjaga beliau pada ketika itu telah menasihatinya untuk mengambil aliran sains kerana dilihat betapa kurangnya profesion doktor dari kalangan individu Islam.

Oleh sebab itu, beliau berubah fikiran dan pilih meneruskan pembelajaran di dalam aliran sains seperti yang dipinta.

“Tak, tak boleh. Saya rasa kita ada ramai pelajar agama. Tapi kita sekarang tidak cukup doktor.

“Saya nak awak fokus untuk jadi seorang doktor,” kongsi DG Nor Hisham kepada penemu ramah berhubung nasihat yang diterima daripada Ustaznya untuk menjadi doktor.

Bagi beliau, pilihan ustaz berbuat sedemikian mungkin disebabkan telah melihat bakat yang ada padanya.

@bfmradio

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, recognised for his central role in leading Malaysia’s COVID-19 response, had no intention of becoming a doctor in his early years. The former health director-general joins us in the studio to talk about his journey as a doctor, whether Malaysia is becoming complacent in public health matters, and the need for consistent healthcare reform regardless of any changes in government. Watch the full interview on BFM’s YouTube channel. The Breakfast Grille is brought to you by U Mobile. #drnoorhisham #publichealth #malaysiahealthcare #healthcarereform

♬ original sound – BFM89.9 – Bold Frank Media – BFM89.9 – Bold Frank Media

Bahkan, kini terbukti beliau sudah menjadi seorang doktor yang berjaya dan menggalas tanggungjawab yang besar dalam menjaga kebajikan rakyat di Malaysia.