Salah satu kelab Itali iaitu Brescia diisytiharkan muflis selepas mereka gagal untuk membayar hutang.

Brescia gagal membayar hutang lebih daripada £2.5 Juta dan mereka berdepan penyingkiran daripada liga profesional.

Baca Juga:

Lagenda Itali Pernah Beraksi Bersama Brescia

Nama-nama besar seperti Roberto Baggio, Pep Guardiola, Andrea Pirlo, Luca Toni Marek Hamsík dan Mario Balotelli pernah bermain untuk kelab itu.

Itali
FILE PHOTO: Soccer Football – Premier League – West Ham United v Manchester City – London Stadium, London, Britain – August 31, 2024 Manchester City manager Pep Guardiola reacts REUTERS/Hannah Mckay/File Photo

Musim lalu, Brescia beraksi dalam saingan Serie B namun mereka ditendang ke Serie C ekoran masalah kewangan yang dialami.

Pemilik kelab, Massimo Cellino gagal untuk mendaftarkan pasukan dalam jangka masa yang ditetapkan kerana beliau belum melunaskan hutang kelab.

Brescia bukan satu-satunya pasukan Itali yang menghadapi muflis dan penyingkiran daripada liga.

Itali
Mario Balotelli. Sumber Gambar: Goal.com

SPAL, yang pernah beraksi di Serie A turut berdepan nasib sama.

“Dengan rasa kesal, pemilik mengumumkan bahawa SPAL tidak akan menyertai kempen Serie C 2025-26.